Tuesday, March 17, 2009

JANJI


LUNCH HOUR

Just arrived from cafeteria. Going out wif my fwen and BFF for lunch. Lunch?? Aku sebutir nasi pun nak jamah. Tak lalu.. B4 pegi kafe singgah jap pegi dewan MOFA. Dari jauh dengar bunyi kompang. Tanya pada BFF.. sapa yang kawin?? Saling pandang memandang.. akhirnya amik keputusan nak tgk sapa yang main kompang ittew.. Sampai je kat dewan.. dengan tersipu2 cuba nak masuk. Memula aku paksa BFF masuk tapi dia suh aku masuk dulu. Aku nak masuk ke dalam dewan, mata aku ternampak kelibat 'dia'. CANCEL! Aku tak jadi nak masuk. Aku tak sanggup menatap wajah dia. Tak sanggup juga nak berhadapan dengan dia. Perasaan aku??? SEBAK dan SEDIH. Aku tak sanggup berhadapan dengan situasi begini.


KENAPA???

Entah arr... aku menuruti permintaan dia... Berikan dia masa untuk berfikir dan memikir... halatuju 'pekara' itu. Aku telah berjanji dengan dia.. agar memberi dia ruang untuk menilai kembali 'pekara' itu, Aku berjanji dengan dia yang tidak akan menghubungi atau SMS dia dalam tempoh dia memikir. Aku hanya perlu menunggu dan menanti dia memberikan jawapan kepadaku.. Setelah dia mencapai kata putus, ketika itulah aku boleh menghubungi atau dia menghubungiku. Sepanjang tempoh memikir, aku dilarang menghubunginya. So, itu yang harus aku tunaikan. Aku cuba menjadi manusia yang berpegang pada janji. Aku kini cuba menjadi manusia yang harus mengotakan janji. So, dengan itu.. aku tidak masuk kedalam dewan.. ini adalah kerana aku tidak boleh melihat wajah atau berhadapan dengan dia kerana aku kuatir aku akan memungkiri janjiku. Aku risau yang aku akan menghubunginya semula dek kerana perasaan rindu di hati ini. Aku takut hilang kawalan dek kerana perasaan sayang masih menebal. Aku tak boleh menatap wajahnya kerana risau butir-butir air mata ini akan jatuh tanpa segan. Sudah cukup air mata ini tumpah. Tak sanggup lagi...No..No.. JANJI HARUS DITEPATI.

KOMEN...

BFF cakap.. aku makin tabah. Yes! setelah apa yang berlaku.. aku semakin tabah dan cekal. Hidup perlu diteruskan... Cuma mengambil masa untuk merawat kelukaan. Aku ingin jadi setabah Sumaiyah.. yang cekal dan teguh biarpun dugaan datang bertimpa-timpa. Sabar biarpun anak dan suaminya dijemur ditengah panas. Aku ingin menjadi secekal Aisyah yang begitu sabar menahan fitnah ke atasnya. Dan juga aku mahu menjadi setabah Asiah bersuamikan Fir'aun yang kejam. Aku mahu menjadi setabah dan secekal mereka...

Seandainya dia ditakdirkan untukku... aku terima dengan penuh syukur...
Seandainya ML memang ditakdirkan bukan kepunyaanku juga aku akan terima dengan redho..

Tapi sekiranya kedua-dua bukan ditakdirkan untukku... Aku terima dengan hati yang penuh ikhlas, redho dan tawaduk. Segalanya aku serahkan kepada - NYA.

My Heart: Mencari ketenangan yang hakiki..

No comments:

Post a Comment