Tuesday, April 14, 2009

AKU. KAU. DIA.

Jumaat yang mulia. Seharusnya tidak perlu mencari musuh. Pasti. Aku bukan malaikat tapi aku tetap manusia biasa yang punya perasaan.

Niat aku cuma satu. Ingin memberitahu tentang pekara yang mungkin 'kau' masih tak tahu. Entah! SMS aku dipandang sepi. Baginya mungkin tidak penting untuk membalas dan bagi aku pula bukan penting sangat untuk menerima balasan darinya.

Cuma sedikit terkilan kerana 'hubungan' yang agak mesra dulu antara 'kau' dan 'aku' tidak diambil kira. Kini 'hubungan' itu agak tegang. Atas sebab apa?? Aku keliru. Masih mencari jawapan. Adakah kau 'tersilap' perhitungan atau 'tersalah sangka'?? Tapi atas sebab dan dasar apa???

Kalau direnung sejauh-jauh mungkin dan diselam sedalam-dalamnya.. hanya satu sebab sahaja yang memungkinkan ini terjadi. Ye! satu sebab saja. Sebab 'dia' mungkin! Tapi kenapa dan mengapa 'hubungan' ini terbabit sama?? What past is past. Kalau 'dia' dan 'kau' pernah ada 'hubungan'.... itu adalah yang lepas. Aku boleh menerima tetapi kenapa kau tidak boleh menerima apa yang berlaku sekarang. Kerana kita sama-sama K.A.W.A.N.

Mungkin masalah antara 'kau' dan 'dia' masih berbaki tapi jangan babitkan hubungan 'kau' dan 'aku'.


My Heart: Faham erti kawan dan persahabatan...


No comments:

Post a Comment