Sunday, April 19, 2009

WEEKEND AKU

Weken 2 hari balik kampung jenguk kecik. Seronok bangat kecik jumpa aku walhal baru beberapa hari berpisah. Tapi in da end bukan kecik yang meraung melalak2 jumpa aku.. aku yang meraung tak hengat doniya. Sedih bangat bila jumpa kecik macam dah soploh taun tak jumpa.

Perjalanan dari KL ke Perak memang mencabar. Yes! mencabar bagi aku. Dis is my pest taim balik kampung sensorang. Advanture seh! terasa memang survive giler. Yeah.. aku dah makin berani dan makin berdikari. Dulu menggelupur nak ajak 'orang lain' pandu arah bila nak balik kampung. Mana brani seh nak balik sensorang. Kan aku ni wanita melayu terakhir yang ala2 manjer gitu ahaks! But now, i'm reely suprised wif ma self. MAKIN BERANI DAN BERDIKARI.. hurm.. not bad!

Bangun pagi tu agak terlewat. Penat gamaknya... hingga panggilan dari jauh pun aku tak dengar. Bangun2 terus mandi siap bagai. Hp disisi tak dilihat lansung kerana terlalu bz nak menyiapkan diri. Lagipun mana ada orang nak call or sms aku. Dah lama sangat hp tu sepi dari sebarang panggilan dan sms si dia. Hanya panggilan dan sms si dia n my bff je aku layan.. yang lain... Ya, Ampun! takkan dilayan.

Perjalanan yang agak terlewat tu aku mulakan dengan langkah kanan (harus gitus... heheh nampak sangat bukan aku kan.. dulu nak kemana, main redah je tak ingat kaki kiri ke kaki kanan ke.. yang penting jalan jer..). Memula nak drive tu ya ampun.. takut giler aku. ye arr.. takut silap simpang.. kang plan nak ke perak terus ke thailand camner.. tapi demi kecik aku tabahkan hati. Sampai je TM membuatkan hati aku sedikit reda. Yes, akhirnya aku sampai gak daerah kelahiran aku. Singgah sebentar umah family aku untuk letak beg bagai sebelum ke SB untuk berjumpa family SKA. Saje je kesana.. tetiba aku rasa nak menjenguk keluarga mertua tak jadi aku tu. Nak lihat bagaimana keadaannya. Yes, aku akui sepanjang aku ngan xml, aku dah tak pernah menjenguk mereka. Walhal itu adalah rutin yang selalu aku buat dulu but sepanjang ngan xml, aku dilarang sama sekali untuk bertanya khabar Abah, Mak, Kak ayu dan K-e. Sampai umah arwah SKA. layanan mak dan abah masih macam dulu. Mesra melayan aku.. cuma K-e je yang agak dingin dengan aku. (K-e masih marah ngan kak ngah ek?? Takpe.. kak ngah akan tunggu K-e mesra cam dulu) Pada mereka semua, aku tunjukkan muka ceria.. saje takmo beritahu mereka masalah aku. Malu pun ye gak.. takut mereka kata ini pembalasan pada aku.. Tapi kak ayu dapat rasakan kelainan pada wajah ini. Kak ayu tanya aku nape aku nampak makin suram.. tapi aku tetap menutup rapat mulut ini dari bercerita apa2. Janjiku pada kak ayu akan menerangkan semua sekali bila aku sudah bersedia. Kak ayu pelik "Sha yang kak ayu kenal bukan macam ni, dulu sha suka cerita macam2 pekara ngan kak ayu tanpa berrahsia tapi kini semua biarlah rahsia" (ye.. kak ayu, manusia bole berubah dalam sekelip mata macammana zaman yang sentiasa berubah-ubah)

Sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping, aku menyinggah sebentar ke 'rumah abadi' SKA. Sudah terlalu lama tak kesana.. sayu je hati melihat 'persemadiannya' yang sentiasa bersih. nampak sangat mak selalu pergi kesana. Mungkin terlalu rindu dengan SKA maka mak selalu membersihkan 'rumah abadi' itu. Aku. Sebaik melihat rumah itu, terus sebak tak hengat.. terasa kejam diri ini. Terasa terlalu jahat hati ini meninggalkan dia dulu. Salah aku ke?? Dosa aku ker?? Sedangkan aku sendiri telah dipaksa. Walhal aku sendiri telah ditentukan nasibnya tanpa membuat sebarang pilihan. (Abg, sha banyak masalah sekarang ni. Sha nak sangat luahkan pada abg macam dulu. Share everything wif u. Sha nak sangat dengar pendapat abg. Lawak tawa abg. Sha rasa ini pembalasan pada sha kerana buat abg camtu dulu.. maafkan sha) TITIK. Biarkan suma berlalu....

Meneruskan perjalanan ke TP. Sampai2 terus amik kecik n rush balik ke TM Sampai rumah.. rehat sebentar sebelum siapkan kecik pegi pasar malam. Happy sangat muka kecik dapat jalan2. ye arr.. selalunya dengan aku je dia selalu jalan pun. Harus rasa happy dapat pegi jalan2 pasar malam. Hurm.. sure aku akan rindukan detik ini. Melayan si kecik adalah pekara paling membahagiakan aku. Walaupun penat aku puas hati. Esoknya aku terpaksa hantar semula kecik ke TP. Ikutkan aku cuti 2 hari tapi panggilan telefon opis memaksa aku batalkan cuti. So, masa aku ngan kecik adalah singkat. Takpe minggu depan kot amik cuti lagi. Lepas hantar mereka, dengan berat hati aku teruskan perjalanan balik kl. Sampai kl, penat sangat. Sambil tgk TV sambil layan SMS dari si 'dia'. Ada beberapa SMS dia membuatkan hati aku kembali terluka sedangkan sebelumnya tu hati ini berbunga-bunga ceria. Hurm.. entah arr. Redho je arr andai itu yang ditakdirkan buat aku.


My Heart: Tak sangka diri ini masih tidak sepenuhnya menghuni dihati itu....

No comments:

Post a Comment