Wednesday, May 13, 2009

KERJA TETAP

Last week punyer cerita tapi aku nak cer gak ahaks! Aku telah menerima satu bungkusan.. bukan bungkusan hadiah atau cekelet mahupun bungkusan sampah. No..no..no.. Ekceli aku telah menerima satu bungkusan (hantam arr ayat) uik.. ekceli bukan bungkusan arr (ngok tol ko nyah! hehehe) tapi sehelai surat. Ops.. bukan sehelai tapi berhelai. Surat terbabit adalah surat tawaran kerja yang aku dah minta hampir 2 tahun lepas. Boleh plakkan gomen ni. Dah minta lamo dah, tebiu dah berjaman dah tapi keputusannyo baru arr dapek. Sepak lelaju kang.. ahaks. Wah! derhaka nampak cik kak?? Nak kena buang daerah?? Tak bleh blah.. heheh.. Ekceli, sejurus menamatkan sekolah pondok, akak ni telah la memohon jawatan ikut suka suki akak kat gomen bersesuaian arr dengan sijil berkepok2 akak ni. Pekerjaan ittew dinamakan Pegawai Penerbitan (wah! gempah gitus jawatannyer.. eleh.. ada akak pedulikss??). Akak memohon jawatan tu taun 2007 dan tebiu pun tahun yang sama (haa..ko.. hambik.. giler lame tebiu) dan jawapan telah dapat pada tahun 2009 (matik akak menunggu). Dua tahun dek non akak tunggu jawapan. Haremm depa nak jawab.. Nak kata dapat..... cam tak dapat sebab takde itam putih.. Nak kata tak dapat pun takde keputusan sebab surat kata DUKACITA lansung tak nampak batang idong. Nak kata calon simpanan pun takde. Sonang cito ee kan.. satu hapah habuk sampah pun tak tau pe status tebiu akak tu. Last but not last.. akhirnya penantian akak telah berakhir (cewaahh.. ayat!) surat tawaran telah ada digenggaman.. akak baca surat itu dengan penuh berkaca-kaca ayor mater akak ni. Menitik-nitik ayor mater campur ayor idong sebab sodih bebenor dapek surat tawaran (ye..ye.. yang tu akak tipu).. Setelah dikaji dan disoal selidik juga meminta pendapat beberapa kaum keparat dan kerabat.. akak telah mengambil keputusan untuk menolak tawaran itu.. TOLAK occay.. moleh?? Hahahah mangkok tingkat tol akak ni.. dah penat tebiu, penat baca dan penat segala.. boleh plak suka suki tolak??? Ekceli khan... khan.. akak dah merajuk dengan keje tuh... dah maleh nak kejer tu dah.. Tapi. ada tapi tau.. akak belom lagi officially tolak sebab tempoh jawapan adalah sebulan. Mana arr tau esok lusa ubah fikiran. Tapi intention akak sekarang adalah..................... jeng..jeng..jeng.. T***N ahaks! no..no..no.. *sambil goyang-goyang jari telunjuk*.. Hareeemmm ko nyah!

My Heart : Bersyukur dengan apa yang ada sekarang....

Sunday, May 10, 2009

MENGALAH


Terdetik hati ni mempersoalkan tindakan drastik yang kerap kali diambil tanpa fikirkan sedalam mungkin akan akibat yang bakal ditempuh kelak... Bukan nak mencari lemah yang yang ada, jauh sekali nak memperlekehkan keyakinan diri dalam jiwa...

Sekadar aku nak kongsikan lumrah hidup yang selalu aku perhatikan dari kecik² dulu sampai le ke tahap dewasa kini...

Mengalah....? Apalah sangat dengan maksud yang ada disebaliknya...? Nak buat apa susah²kan jiwa untuk fikirkan kesannya? Itulah yang selalu dan terlalu menjadi kebiasaan, berlaku dalam hidup kita nie...

Korang penah ke mengalah? Tak menyesal ke? Tak rasa rugi? Pernah ke lihat dan rasakan seseorang pula mengalah untuk kita? Tak kesian ke kat orang tu? Tak rasa serba salah ke? Jawapan yang ada semuanya bergantung pada diri kita sendiri, masing² dengan pelbagai istilah yang terbit dari kepala otak masing²... Apapun jawapan yang ada, apa sekalipun jawapan yang diberikan.... satu persoalan dari aku... Wajarkah kita mengalah jika kena pada tempatnya?

Bagi aku... tentu sekali YA! Mengalah itu sememangnya perlu, namun tak semua situasi kita perlu mengalah. Ada waktu dan ketikanya kita harus tegas, harus bersifat mempertahankan... andai kesannya kelak ada kebaikan buat semua...

Buat apa kita nak mengalah andai diri kita yang terpaksa menanggung bebannya? Untuk apa kita perlu mengalah kalau yang susahnya nanti diri kita sendiri? Apehal pulak kita nak terus mengalah kiranya takde satu pun kebaikan buat kita???? Malahan lagi tambah seksa dalam hidup kita jer...

So??? Nak terus mengalah gak ke? Tepuk dada tanya iman....

Istilah sabar berkait rapat dengan sikap mengalah ni. Namun harus kita terima sebuah hakikat, bahawa setiap kesabaran itu ada batasnya.... Jangan sampai orang pijak kepala kita pun, kita masih mampu bersabar dan terus mengalah.... Tu bukan tindakan bodoh, tapi kurang bijak caranya... Huhuuuuuu... Fikirkan rasionalnya kita mengalah atas dasar apa. Jangan mudah sangat mengalah tanpa halusi kesannya yang menanti kelak...

Kadangkala termenung mengenangkan nasib diri. Ikut hati mati.. Ikut rasa binasa... Ikut nafsu lesu.... Abih nak ikut ape????? IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG.....

My Heart: Apa-apa sajalah....

Wednesday, May 6, 2009

NH X-TUMMY

Aku telah di'zikir' oleh bff. "ko dah gemok.. ko dah gemok.. pinggang ko dah mengembang.. badan ko dah cam 'kak pah'.. (opss... sori dato' ahaks... )... badan ko dah macam buah pear... insaflah ko.... insaflah wahai manusia.. kembali ke pangkal jalan.. Cis.. cis.. and cis... kowang memang jeles ngan aku tau. Pantang tengok aku gemuk sikit.. sikit je ye anaks-anaks.. mana de gemuk.. mula arr kowang kutuk aku lelebih. Ni tokle jadi neh.. Aku pun dengan semangat wajanya gigih ke Alamanda untuk mencari satu produk yang di nama kan NH X-Tummy berega RM 119.80. Haa ko... hambik! Puasa sebulan aku sebab duit abis ahaks. Tak makan menatang ni pun agak2 aku leh kurus gak sebab posa ahaks. Gigih occay nak kurus selepas ditarbiah oleh bff yang memang keji. Geram aku.. sebab kowang arr melayang duit aku tau..

Tapi yang kelakonyer.. si pharmacist beria2 pomot aku menatang ni. Yo..yo .oo je kata menatang ni bagus, ramai orang beli arr apa arr.. kompom kurus tang perut arr.. elloww.. cik kak, ko pomot aku menatang ni tapi aku tengok badan ko dah dua kali ganda aku.. camno tu?? Apa kata ko try dulu den baru aku try berkesan or tak. Cait!... nak jual produk pun agak2 arr. Siler cermin diri tu dulu ek. Wah... ayat aku. tak bleh blah.. ahaks!

Tapi dek kerana aku ni memang tak boleh dipujuk rayu sebab aku ni spesis amatlah mudah dipujuk rayu maka aku pun termakan pujukan lantas mengeluarkan duit seratus lebey untuk beli menatang ni. Harap2 berjaya arr aku kurus tang perut, peha dan (_) (_). Kalo tak kurus gak... meh sini Guardian.. aku bakau kedai kowang sampai kowang tokle meniaga occay... ngan akak gemuk tu sekali aku kasi kuruskan... moleh???

My Heart: Jaga penampilan diri agar shantik.. heheh gediksss...

Wednesday, April 29, 2009

RESULT

Tomorrow. Hope everything will be fine.. Hope everything will be settle. Hope all question mark will have an answer. Hope everything will be good and end it with the good way. W

Never give anyone the authority to hurt me or make me sad… Happiness is not what me do or how me do it… IT’S THE WAY YOU THINK… So, Think Happy & Stay Happy… “Keep Smiling…” I am who I am........

My Heart: Pray for me...

EVERYTHING HAPPEN HAS A REASON....

i’m not a perfect person, there are many things i wish i didn’t do
but i continue learning. i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go, that i just want you to know

I’ve found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you

i’m sorry that i hurt, its something i must live with everyday
and all the pain i put you through, i wish that i could take it all away
and be the one who catches your tears, thats why i need you to hear

i’ve found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you
i’ve found a reason to show a side of me you didn’t know
a reason for all that i do, and that reason is you…….


My Heart: Yes.. is YOU..

Tuesday, April 28, 2009

IMPIAN DAN HARAPAN

(Aku terbaca satu penulisan. Maaf pada tuan rumah sebab copy n paste luahan ni masuk dalam blog saye sebab saya perlukan sangat penulisan ni untuk dijadikan motivasi dalam merawat kekecewaan yang sedang saya hadapi kini.... maaf dipinta)

Hakikat yang perlu kita terima seadanya... Tak semua impian itu akan jadi kenyataan... Kadang² kita baru je niatkan sesuatu, ia hadir dengan tiba² tanpa langsung kita duga. Ada pulak situasi di mana kita kejarkan impian yang bertahun lama giler, tapi masih lagi tak terdaya nak kita kecapi... Terkial² la kita dok usahakannya namun masih tak dapat² apa yang dicita... Kenapa macam tu ekkk? Apa yang kurang dan apa yang lebihnya dengan impian kita???

Takde apa yang kurang... tak juga ada yang lebihnya pun. Itukan hasrat hati kita, itukan rencah hidup dunia... Itu semua kan hanya sekadar harapan ciptaan kita sendiri... Jadi sendiri mau ingat laaa... Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan nak diduga... tapi kalau ada dua tiga jengkal pun tak cukup lagi rasanya... Jangan katakan lautan dalam, lautan tak bape dalam pun lom tentu mampu untuk kita hadapi. Jadi tak salah rasanya untuk aku suarakan pendapat yang ada dalam benak fikiran buat masa nie...

Kita mampu cipta pelbagai impian dalam hidup kita... semuanya akan terus menjadi harapan kita selagi ia tak kita perolehi... Usahalah seteruk atau sehebat manapun... Andai dah tertulis bukanolehNya ia bukan untuk kita, tak mungkin dan takkan mungkin ia akan menjelma... walau sekecil mana, walau sebesar mana... Kalau milik kita, ia tetap bukan bukan milik kita...

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil buat setiap ciptaanNya... Akuilah hakikat sebenar²nya...Bersabarlah tanpa perlu kita undang rasa kecewa ataupun putus asa... Teruskanlah berusaha. Walaupun usaha kita menyusur ke arah impian yang dicipta, setiap langkah yang ada itu sekurang²nya akan membawa kita kepada titik harapan yang mungkin belum pernah ada dalam perancangan kita.. Itulah yang dikatakan hikmah andai ia undang khabar gembira buat kita, andai khabar duka yang diterima... pasti ada hikmah seterusnya dalam putaran hidup di dunia... Bersabarlah... Dan bertawakal setiap masa... InsyaAllah... tenang hati pasti kan tiba jua...

My Heart: Aku??? erm... sedey...

TAG FROM MRSKOJIWAMI

Was tagged by Mrskojiwami
Kenalan baru saya didalam blog ini. Thanks dear cz sudi gak menge'tag' saya disaat saya ketandusan idea nak update blog nie ahaks.....

4 Names that friends call u
1. Yong (Panggilan family. Arwah babah, mama dan adik serta seisi keluarga)
2. Sha (panggilan manjer seseorang pada aku/juga kawan2 satu diploma)
3. Ryn (panggilan officemate sampai arr sekarang)
4. Lyn (Panggilan ols skollmate)

4 Most important dates in ur life
1. 06 January (my birthday)
2. 12 April (Sista birthday)
3. 21 October (sumone)
4. 03 (1st Kecik birthday)
5. 25 September (2nd Kecik birthday)
6. 05 Mac (Sumone birthdays)

(wah.. hover gitus... orang suh 4, aku bantai sampai 6... ahaks)


4 Things u've done in the last 30minutes
1. SMSed wif sumone bout sumthing important
2. Surfing
3. Reading/updating blogs
4. Crying

4 Ways to be happy
1. Be with my family
2. Window shopping
3. Singing/dancing
4. Talk wif him

4 Gifts u would like to receive
1. Happiness
2. Remembrance
3. Love
4. Anything that depicts my personality

4 of ur fav. hobbies
1. Singing
2. Reading
3. Surfing
4. Listening to music

4 Places u want to go for vacation
1. London
2. Bali
3. Paris
4. Australia (coming soon)

4 Things always found in ur bag
1. Purse with all sorts of junks and important things
2. Novel
3. 2-way cake
4. HP

4 U love so much
1. Family/kecik including myself
2. My properties
3. Frens
4. Him

4 Things special for u
1. Family
2. Kecik
3. House/car
4. Novel

4 who u would like to answer this tag
I dont want to tag anyone.. moleh????

My Heart: Still sedey.. why???