Wednesday, May 6, 2009

NH X-TUMMY

Aku telah di'zikir' oleh bff. "ko dah gemok.. ko dah gemok.. pinggang ko dah mengembang.. badan ko dah cam 'kak pah'.. (opss... sori dato' ahaks... )... badan ko dah macam buah pear... insaflah ko.... insaflah wahai manusia.. kembali ke pangkal jalan.. Cis.. cis.. and cis... kowang memang jeles ngan aku tau. Pantang tengok aku gemuk sikit.. sikit je ye anaks-anaks.. mana de gemuk.. mula arr kowang kutuk aku lelebih. Ni tokle jadi neh.. Aku pun dengan semangat wajanya gigih ke Alamanda untuk mencari satu produk yang di nama kan NH X-Tummy berega RM 119.80. Haa ko... hambik! Puasa sebulan aku sebab duit abis ahaks. Tak makan menatang ni pun agak2 aku leh kurus gak sebab posa ahaks. Gigih occay nak kurus selepas ditarbiah oleh bff yang memang keji. Geram aku.. sebab kowang arr melayang duit aku tau..

Tapi yang kelakonyer.. si pharmacist beria2 pomot aku menatang ni. Yo..yo .oo je kata menatang ni bagus, ramai orang beli arr apa arr.. kompom kurus tang perut arr.. elloww.. cik kak, ko pomot aku menatang ni tapi aku tengok badan ko dah dua kali ganda aku.. camno tu?? Apa kata ko try dulu den baru aku try berkesan or tak. Cait!... nak jual produk pun agak2 arr. Siler cermin diri tu dulu ek. Wah... ayat aku. tak bleh blah.. ahaks!

Tapi dek kerana aku ni memang tak boleh dipujuk rayu sebab aku ni spesis amatlah mudah dipujuk rayu maka aku pun termakan pujukan lantas mengeluarkan duit seratus lebey untuk beli menatang ni. Harap2 berjaya arr aku kurus tang perut, peha dan (_) (_). Kalo tak kurus gak... meh sini Guardian.. aku bakau kedai kowang sampai kowang tokle meniaga occay... ngan akak gemuk tu sekali aku kasi kuruskan... moleh???

My Heart: Jaga penampilan diri agar shantik.. heheh gediksss...

No comments:

Post a Comment