Thursday, May 21, 2009

N3 TERAKHIR - TERIMA KASIH DIA DAN TEMAN

Aku hilang mood. Seriously.. mood aku totally down sekarang ni. Sekarang, 10.00 PM. Waktu dan ketika ini, aku masih lagi berada di kantor. Mencari sedikit ruang untuk diri ini. Mencari sedikit ketenangan untuk hati ini. Mencari sedikit kekuatan untuk semangat ini. AKU. Rasakan.. hari ini adalah hari paling buruk dalam sejarah.. 2 pekara 'buruk dan teruk' serentak telah aku terima. Satu melibatkan 'persahabatan dan kepercayaan' . Satu lagi melibatkan 'sayang' dan maruah'. Dua-dua sama penting pada aku. Dua-dua sungguh bererti pada aku. Keadaan pada hari ini menghancurkan hati aku jadi remuk seremuk remuknya. Memudarkan semangat aku yang sememangnya telah lama pudar. Menghancurkan jiwa aku. AKU. Tidak mampu untuk berkata-kata. Mungkin ini adalah luahan hati aku yang terakhir untuk mereka yang terbabit. Mungkin N3 kali ini adalah penamat . MUNGKIN. Sehingga aku kembali tenang.. sehingga rawan hati semakin pulih. Yang pasti.. akan mengambil masa yang panjang dan panjang. Yang pasti... aku memerlukan ruang untuk merawat kelukaan ini. Aku tidak boleh menerima pengkhianatan ini. Langsung tidak.


Buat DIA. Aku teramat percaya kepada DIA. Kepercayaan yang tidak ada tolak bandingan. Kepercayaan yang membuatkan aku tanpa sempadan untuk serahkan jiwa raga dan kepercayaan Kepercayaan yang penuh pengharapan.. Pengharapan yang penyudahnya berakhir dengan kegagalan. Tapi Aku. Sehingga kini masih mengekalkan kepercayaan itu. Aku masih mengharapkan kepercayaan aku tidak dihancurkan sewenang-wenangnya. AKU. Masih mengharapkan DIA mengjaga kepercayaan itu buat selama-lamanya.


Buat TEMAN. Kepercayaan yang telah aku berikan telah kau hancurkan. Kepercayaan yang aku berikan kepada kau telah kau musnahkan. KECEWA?? Ya.. aku teramat kecewa. Kecewa dengan pilihan kau. Terluka dengan tindakan kau. Perasaan suka pada DIA membuatkan kau buta tentang erti PERSAHABATAN. AKU. Terpaksa redho. Terpaksa terima kalau ini pilihan kau. Seandainya kau nyatakan dari dulu bicara sebenar hati kau. Mungkin aku tidak akan serahkan Jiwa dan raga aku pada DIA sejauh ini. Sedalam ini. Kerana bagi aku dulu. PERSAHABATAN lebih penting. Kerana bagi aku. Aku rela berkorban demi persahabatan. Kerana prinsip itu.. tanpa prejudis aku telah kehilangan DIA Kerana Prinsip itu... aku ingkar pada kata-kata DIA. Tapi Teman.. tergamak kau hancurkan. Tergamak kau perlakukan sedemikian rupa. Kemaafan?? Mungkin tidak akan ada buat masa sekarang kerana hati aku telah kau hancur lumatkan. Bukan berdendam. Tidak! Kerana kau pernah disisi ketika aku berduka. Jasamu tetap aku hargai dan kenang sampai mati. Cuma... belum wujud lagi sebarang kemaafan.


Terima kasih DIA kerana sudi berkongsi cerita. Ceritamu telah menyedarkan aku tentang sebuah kepalsuan. Ceritamu telah menyedarkan aku nilai persahabatan. Terima kasih TEMAN kerana kau tergamak menghancurkan sebuah persahabatan. Aku kini bukan milik DIA lagi.. Aku juga kini telah hilang kau bernama TEMAN. Kamu benar-benar mengjatuhkan semangat aku jauh ke dalam tanah. I'M LOSER..


My Heart: Terima kasih di atas segalanya DIA dan TEMAN...

No comments:

Post a Comment