Sunday, May 10, 2009

MENGALAH


Terdetik hati ni mempersoalkan tindakan drastik yang kerap kali diambil tanpa fikirkan sedalam mungkin akan akibat yang bakal ditempuh kelak... Bukan nak mencari lemah yang yang ada, jauh sekali nak memperlekehkan keyakinan diri dalam jiwa...

Sekadar aku nak kongsikan lumrah hidup yang selalu aku perhatikan dari kecik² dulu sampai le ke tahap dewasa kini...

Mengalah....? Apalah sangat dengan maksud yang ada disebaliknya...? Nak buat apa susah²kan jiwa untuk fikirkan kesannya? Itulah yang selalu dan terlalu menjadi kebiasaan, berlaku dalam hidup kita nie...

Korang penah ke mengalah? Tak menyesal ke? Tak rasa rugi? Pernah ke lihat dan rasakan seseorang pula mengalah untuk kita? Tak kesian ke kat orang tu? Tak rasa serba salah ke? Jawapan yang ada semuanya bergantung pada diri kita sendiri, masing² dengan pelbagai istilah yang terbit dari kepala otak masing²... Apapun jawapan yang ada, apa sekalipun jawapan yang diberikan.... satu persoalan dari aku... Wajarkah kita mengalah jika kena pada tempatnya?

Bagi aku... tentu sekali YA! Mengalah itu sememangnya perlu, namun tak semua situasi kita perlu mengalah. Ada waktu dan ketikanya kita harus tegas, harus bersifat mempertahankan... andai kesannya kelak ada kebaikan buat semua...

Buat apa kita nak mengalah andai diri kita yang terpaksa menanggung bebannya? Untuk apa kita perlu mengalah kalau yang susahnya nanti diri kita sendiri? Apehal pulak kita nak terus mengalah kiranya takde satu pun kebaikan buat kita???? Malahan lagi tambah seksa dalam hidup kita jer...

So??? Nak terus mengalah gak ke? Tepuk dada tanya iman....

Istilah sabar berkait rapat dengan sikap mengalah ni. Namun harus kita terima sebuah hakikat, bahawa setiap kesabaran itu ada batasnya.... Jangan sampai orang pijak kepala kita pun, kita masih mampu bersabar dan terus mengalah.... Tu bukan tindakan bodoh, tapi kurang bijak caranya... Huhuuuuuu... Fikirkan rasionalnya kita mengalah atas dasar apa. Jangan mudah sangat mengalah tanpa halusi kesannya yang menanti kelak...

Kadangkala termenung mengenangkan nasib diri. Ikut hati mati.. Ikut rasa binasa... Ikut nafsu lesu.... Abih nak ikut ape????? IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG.....

My Heart: Apa-apa sajalah....

No comments:

Post a Comment