Wednesday, April 29, 2009

RESULT

Tomorrow. Hope everything will be fine.. Hope everything will be settle. Hope all question mark will have an answer. Hope everything will be good and end it with the good way. W

Never give anyone the authority to hurt me or make me sad… Happiness is not what me do or how me do it… IT’S THE WAY YOU THINK… So, Think Happy & Stay Happy… “Keep Smiling…” I am who I am........

My Heart: Pray for me...

EVERYTHING HAPPEN HAS A REASON....

i’m not a perfect person, there are many things i wish i didn’t do
but i continue learning. i never meant to do those things to you
and so i have to say before i go, that i just want you to know

I’ve found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you

i’m sorry that i hurt, its something i must live with everyday
and all the pain i put you through, i wish that i could take it all away
and be the one who catches your tears, thats why i need you to hear

i’ve found a reason for me, to change who i used to be
a reason to start over new, and the reason is you
i’ve found a reason to show a side of me you didn’t know
a reason for all that i do, and that reason is you…….


My Heart: Yes.. is YOU..

Tuesday, April 28, 2009

IMPIAN DAN HARAPAN

(Aku terbaca satu penulisan. Maaf pada tuan rumah sebab copy n paste luahan ni masuk dalam blog saye sebab saya perlukan sangat penulisan ni untuk dijadikan motivasi dalam merawat kekecewaan yang sedang saya hadapi kini.... maaf dipinta)

Hakikat yang perlu kita terima seadanya... Tak semua impian itu akan jadi kenyataan... Kadang² kita baru je niatkan sesuatu, ia hadir dengan tiba² tanpa langsung kita duga. Ada pulak situasi di mana kita kejarkan impian yang bertahun lama giler, tapi masih lagi tak terdaya nak kita kecapi... Terkial² la kita dok usahakannya namun masih tak dapat² apa yang dicita... Kenapa macam tu ekkk? Apa yang kurang dan apa yang lebihnya dengan impian kita???

Takde apa yang kurang... tak juga ada yang lebihnya pun. Itukan hasrat hati kita, itukan rencah hidup dunia... Itu semua kan hanya sekadar harapan ciptaan kita sendiri... Jadi sendiri mau ingat laaa... Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan nak diduga... tapi kalau ada dua tiga jengkal pun tak cukup lagi rasanya... Jangan katakan lautan dalam, lautan tak bape dalam pun lom tentu mampu untuk kita hadapi. Jadi tak salah rasanya untuk aku suarakan pendapat yang ada dalam benak fikiran buat masa nie...

Kita mampu cipta pelbagai impian dalam hidup kita... semuanya akan terus menjadi harapan kita selagi ia tak kita perolehi... Usahalah seteruk atau sehebat manapun... Andai dah tertulis bukanolehNya ia bukan untuk kita, tak mungkin dan takkan mungkin ia akan menjelma... walau sekecil mana, walau sebesar mana... Kalau milik kita, ia tetap bukan bukan milik kita...

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil buat setiap ciptaanNya... Akuilah hakikat sebenar²nya...Bersabarlah tanpa perlu kita undang rasa kecewa ataupun putus asa... Teruskanlah berusaha. Walaupun usaha kita menyusur ke arah impian yang dicipta, setiap langkah yang ada itu sekurang²nya akan membawa kita kepada titik harapan yang mungkin belum pernah ada dalam perancangan kita.. Itulah yang dikatakan hikmah andai ia undang khabar gembira buat kita, andai khabar duka yang diterima... pasti ada hikmah seterusnya dalam putaran hidup di dunia... Bersabarlah... Dan bertawakal setiap masa... InsyaAllah... tenang hati pasti kan tiba jua...

My Heart: Aku??? erm... sedey...

TAG FROM MRSKOJIWAMI

Was tagged by Mrskojiwami
Kenalan baru saya didalam blog ini. Thanks dear cz sudi gak menge'tag' saya disaat saya ketandusan idea nak update blog nie ahaks.....

4 Names that friends call u
1. Yong (Panggilan family. Arwah babah, mama dan adik serta seisi keluarga)
2. Sha (panggilan manjer seseorang pada aku/juga kawan2 satu diploma)
3. Ryn (panggilan officemate sampai arr sekarang)
4. Lyn (Panggilan ols skollmate)

4 Most important dates in ur life
1. 06 January (my birthday)
2. 12 April (Sista birthday)
3. 21 October (sumone)
4. 03 (1st Kecik birthday)
5. 25 September (2nd Kecik birthday)
6. 05 Mac (Sumone birthdays)

(wah.. hover gitus... orang suh 4, aku bantai sampai 6... ahaks)


4 Things u've done in the last 30minutes
1. SMSed wif sumone bout sumthing important
2. Surfing
3. Reading/updating blogs
4. Crying

4 Ways to be happy
1. Be with my family
2. Window shopping
3. Singing/dancing
4. Talk wif him

4 Gifts u would like to receive
1. Happiness
2. Remembrance
3. Love
4. Anything that depicts my personality

4 of ur fav. hobbies
1. Singing
2. Reading
3. Surfing
4. Listening to music

4 Places u want to go for vacation
1. London
2. Bali
3. Paris
4. Australia (coming soon)

4 Things always found in ur bag
1. Purse with all sorts of junks and important things
2. Novel
3. 2-way cake
4. HP

4 U love so much
1. Family/kecik including myself
2. My properties
3. Frens
4. Him

4 Things special for u
1. Family
2. Kecik
3. House/car
4. Novel

4 who u would like to answer this tag
I dont want to tag anyone.. moleh????

My Heart: Still sedey.. why???

Monday, April 27, 2009

IF I NEVER SEE UR FACE AGAIN


Waah... ngeri occay wording kat ateh nun. Biler kowang bacer arr wording tu pe perasaan kowang?? Rasa nak nanges sedu sedan kew or rasa cam nak hempok pale kowang kat dinding sebab jiwang sesangat?? Sangat pilu occay.... Minta sesangat arr dijauhkan berlaku pada diriku..... tapi uols jangan ingat bebukan occay. Ekceli wording ittew adalah tajuk sebuah lagu dari MAROON 5....


Erm... dengar dek tinge ini + terbaca dek mata.. ngan tetiba terkeluar air mate berdarah hakoo ini.. (eceh! berdarah ek.. meh hempok pale tuh) Tak taw nak luahkan cane, sedey luka hati berdarah kembali occay... menggelupur kesakitan dengan apa yang aku rasai skang nih!! Tapi setiap kali teringat... ada satu macam perasaan 'perit' membengkak dalam hati.....Kalo la kowang taw....dan aku yakin, Dia taw segalanya....Isk!!! minta tisu selai.....



My Heart: Perit dihati tak sapa yang taw.....

KISSES & MESSAGES




Adore kisses...



1) Kiss on the hand......... I adore you

2) Kiss on the cheek....... I just want to be friends

3) Kiss on the neck......... I want you

4) Kiss on the lips............I love you

5) Kiss on the ears.......... I'm just playing

6) Kiss anywhere else..... Let's not get carried away

7) Look in your eyes........ Kiss me

8) Playing with your hair... I can't live w/o you

9) Hand on your waist....... I luv u 2 mch 2 let you go












The 3 steps



1) Girls: If a guy get fresh with you Slap him.

2) Guys: If any girls slap you, kiss her

3) Girls & Guys: Close ur eyes wen kising its rude 2 stare.






The Commandments:



1) Thou shall not squeeze too hard

2) Thou shall not ask 4 a kiss, just give & take one

3) Thou shall kiss every opportunity


Friday, April 24, 2009

PENSYARAH

Gigih occay update blog. Macam dah takde esok hari.. Erm... esok cuti maa. So, aku nak update kat mana kalo cuti?? Sementara waktu rehat yang panjang masih berbaki ini, gunakan masa sebaik mungkin. Update je mana yang sempat. Last week, rakan segerombolan di zaman belajar telah menghubungiku.. Setelah sekian lama tidak berhubungan setelah tamat tempoh menuntut ilmu.. Si ZN call. Katanya, pensyarah yang mengajar subjek "Communication" ada beritahunya. (ZN ni sambung master so jumpa-jumpaan dengan pensyarah adalah perkara biasa baginya).. tempat kami bergelumangan dengan buku ittew memerlukan tutor yang ramai dari bacth kami.. So, permohonan telah dibuka kepada rakan-rakan sekelas. ZN mengajakku sertai sama sementelah dia taw aku pakar dalam berkomunikasi.. Subject yang selalu aku dapat 'baguih'.. ahaks (ye..ye.. ada nada kebongkakkan disitu.. ada aku fedulikk??) + aku adalah salah seorang best debater semasa subject debate n arguement... Ye! aku bongkak... ahaks! ZN minta aku apply bersama-sama (Ko ni kan mat, kalo takde aku tokle idup ker?? Sikit2 nak ajak aku...sikit2 ajak aku). Nyamfah aiii....

Aku?? Erm.. sebenarnya masih belum berminat menjadi tutor, pensyarah atau yang seangkatan dengannya. Sebab apa?? Sebab aku malasssssssss hahahaha... Aku tau siksanya mengajar bebudak remaja yang baru nak naik. (sebab aku time belajar camtu dulu...ahaks) Kang tak pasal2 aku kena maki kalo mengajar tak elok.. camner?? Kang depa ikut montot aku kulu kilir sebab nak dapat markah lebih.. camner?? Tak pun depa dok calar keta aku sebab tak bagi markah lebih camner??? Tambahan plak yang paling tak best, aku ni jenis lembut ati. Maunyer aku bagi 100% setiap paper yang aku ajor.. Haa?? Camner???

So, aku bilang samanya pak ZN, aku enggak berminat dong. Kalo dipikir-pikirkan.. mengajar bebudak kecik lagi baik dari mengajar budak beso sebab budak kecik mendengar cakap. Nanti-nanti arr.. bila aku dah tamat menuntut ilmu gaban.. akan aku fikirkan semula.

My Heart: Aku?? Nak jadi pensyarah?? hahahhaha.. .herk tuii.. geli mak!

Thursday, April 23, 2009

CINTA SEJATI.. Ye Ker???

AKU JATUH CINTA! Ye..ye.. statement maut gitus. Jatuh cinta occay bukan jatuh tangga cam aritu ahaks.. (amboi! mementang nampak dia terus aku jatuh tangga) Hati aku tercuit, perasaan aku terusik dek senyuman dia. Aku suka dengan perwatakan dia. Aku tertarik dengan penampilan dia. Aku tersuka dengan gelak tawa dia. Aku rasa aku benar-benar telah jatuh cinta pandangan pertama pada dia. Adakah aku telah menemui lelaki impian aku?? Adakah Prince Charming yang aku harap2kan telah datang??

Petang semalam dia berbaju long suit serba itam. Kameja di dalam berwarna lite purple (warna kesukaan aku) Siyes! aku teruja melihat penampilan dia yang sebegitu. Terasa nak terus datang kepadanya dan mengucapkan kata-kata cinta. Haih.. sabar..sabar.. jangan ilang akal. Control cun... control cun... masih banyak masa lagi nak mengoda dan tergoda. Rilek2 sudah! Hahahah.....

Kenapa aku suka dia?? Dia umpama angle aku. Aku suka dengan gaya penampilan dia yang macho. Aku suka suaranya yang ala-ala romantik gitus. Aku suka pada gayanya bila dia mula bersuara. Aku jatuh tangga arituh pun sebab aku ralit tengok dia. Soo encem.. soo macho.. erm... agak2 kalo aku goda dia dapat x??

Hergh tuiii... sampai kiamat ko takkan dapat FAHRIN AHMAD tu cik kak oiii... Uik, suara sapakah ittew?? Dah bangun2 kau dari mimpi mengarutmu ittew.. basuh muka dan pegi solat lagi baik dari ko berangan nak dapatkan Fahrin Ahmad. Ahaks.. ye..ye.. aku pegi mandi. Sambil amik tola n pegi bilik air.. mimpi romantik camni pun boleh ada ke petang2 khamis ni?? adeh!

My Heart : Yer.. aku mimpi saja.. jangan ingat betol....

Wednesday, April 22, 2009

PERCUTIAN

Malam tadi agak kelam kabut. Siyes! Plan nak melancong ke tempat yang jauh sikit memang dah lama rancang tapi asiklah tertangguhnya. (Awal bulan 3 arituh dah book tiket ke negera jiran.. i'allah akan pegi by end of october kesana) Tapi destinasi pasti yang agak jauh ni memang dah plan lama cuma tak rancang je bagai nak rak.. output nyer pun takdo! Tapi ntah naper plak petang semalam plan tetiba come out ahaks... Berbual2 ngan kawan satu opis sambil buka laman web tambang murah. Godek sana sini.. last2 bertepatan tarikh dan budget maka terus dapat tiket yang reasonable. Wah... buntang biji mata aku tengok harga tiket itu yang agak berpatutan ditambah plak dengan destinasi pasti yang amatlah syiokk... erm.. syiok ker?? Yup.. syiok....

Pas berbincang dengan rakan seangkatan dan se'setan'.. Kami membuat keputusan untuk booking tiket ittew. Adohai... internet wat masalah. Bila dah internet cam g*****g ni, maka urusan membooking tiket terhenti seketika. Tengah menunggu internet ok, aku call di 'dia' untuk meminta sedikit maklumat kerana destinasi pasti yang akan aku kunjungi adalah rumah kedua dia. Bincang dan minta maklumat sekali bertanya itu ini bagai.. akhirnya PASTI SEPASTI PASTINYA.. kami akan ke sana. Malam tadi sibuk minta maklumat itu ini dari rakan sedelegasi untuk urusan membooking tiket maka akhirnya pagi tadi segala urusan penempahan tiket telah selesai. Dengan ini, aku bersama-sama lagi 2 orang rakan skandal mandal akan berlepas ke negara kanggaroo pertengahan bulan August.

Perasaan?? Teruja kerana ini adalah kali kedua aku akan kenegara asing. Walaupun sama tapi tak serupa kerana kali pertama pergi ke luar negara adalah atas urusan beribadah. Kini pemergianku kesanan adalah untuk menenangkan fikiran yang sedang kusut. Jiwa yang tengah kacau seharusnya di ubati dengan percutian yang jauh dari orang-orangan yang membawa masalah. Harapan aku agar percutian ini benar2 membuatkan hati aku tenang dan betol2 membuatkan aku kembali ceria seperti biasa.

My Heart: Teruja

MY KECIK

Petang. Menunggu waktu nak balik. Aku rasa buhsan tahap gaban dah ni. Internet adalah cam s**l arini. Tensi aku. Nak buat apa pun tak boleh. Seb baek update blog moleh so aku layan je arr mengarut suka suki dalam blog neh. Blog aku.. aku punyer suker arr nak n3 pape pun kan..kan..?

Menjengah ke blog dia yang baru di'active'kan semula tetiba mengundang rasa sebak dihati aku. N3 bertajuk "ALIA" benar2 buat aku sebak. Tetiba ye dengan tak disangka.. tanpa hint dan tanpa petanda.. aku menangis semahu2nyer.. Aik?? bebudak opis suma heran.. giler apa?? takde angin takde ribut tetibe sayu je ni. ye..ye.. aku memang sayu baca N3 tu. Aku memang tak pandai sorok perasaan. Aku bukan pelakon yang pandai berlakon menyorok perasaan... no..no..no.. aku bukan artis ittew. Aku adalah aku yang kalo sedih aku terus menangis, kalo gembira aku terus ketawa, kalo jelous or sakit hati aku terus marah. Aku memang tak pandai menyorok apa2 pun perasaan. TITIK.

Bukan apa.. n3 dia berkenaan cinta hati dia ada kena mengena dengan aku. Adakah nasib aku dan kecik akan jadi macam itu. Masa itu kuatkah aku menghadapinya?? Tabahkah aku melaluinya?? Sabarkah aku menjalaninya?? Aku tidak ada sesiapa didunia ini.. Hanya kecik saja harta yang aku ada. Family??? Arwah mama dan arwah babah takkan tau apa yang terjadi pada anak kesayangan mereka ini. Other rest?? Erm ...... no comment. Aku seboleh mungkin mahu kecik bersama2 aku. Aku takde sesiapa pun aku tak kisah asalkan kecik bersama2 aku. Takde sapa yang nak sayang aku pun.. aku lansung tak amik hati.. as long as kecik loved me forever and ever. Aku tak nak kecik tak kenal aku if aku lepaskan kecik pada dia. TIDAK!!! Aku tak boleh terima kenyataan ittew. Langsung tidak boleh terima.

Doa hati ini hanya satu.. biarlah kecik bersama aku forever n ever. Aku sayang mereka sangat2. Bagi aku mereka nyawa aku. Mereka juga nafas aku. Tanpa mereka.. siapalah aku.


My Heart: Tabahlah duhai hati....

Tuesday, April 21, 2009

EXAM PTD

Tadi, tengah bersonang lenang dok memekakkan tinge dengar lagu 'jangan bilang tidak'.. kawan aku si F call. Dia tanya aku dah check ker result exam PTD yang aku amik arituh??? Aik.. bile masa plak result tu kuar?? tak dengar citer pun. AKU. Memang takut nak check result bagai ni.. apa2 yang berkaitan dengan result arr memang aku takut nak check. Result peksa ke result kesihatan ker memang aku ni takde semangat waja nak tengok tapi dek kerana aku dah amik exam so haruss aku tgk resultnye kan. Takkan samapi sudah aku tak check... btol x??

Fuh..fuh.. (sambil tadah tangan tanpa doa ahaks...) dengan langkah kanan (ye aku tipu.. tgh sedap duduk kat kusi empok ni camne leh langkah kanan kiri bagai kan.. ) Aku pun buka laman web SPA. "DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA........" Chait! aku tak tunggu lama dah.. tengok perkataan DUKACITA tu terus aku tutup web SPA..hahahaha.... ontah apo ayat seterusnya aku tak amek kisah. Perasaan aku?? Biasa jer... aku pun tak harap sangat leh lulus cz aku taw soalan PTD aritu yang aku amek memang hareeemmmm jadah.. susah ya amat. Tambahan plak lain patern exam kali ni. Tak macam masa 1st time aku amik dulu (yer.. sebab senang.. omak lulus ye anak2.. cumo tang interview je omak gagal. Mano tak gagal.. .diorang suh speaking omputih, omak bantai speaking jopun ahaks.. ni kes tak terer bahse omputih arr ni.. pedulikkksss..)

Aku pun call si F beritahu yang aku DUKACITA (aku tak beritahu aku gagal tau sebab aku tak sempat baca ayat seterusnya hehehe... kelentong....ahaks). Ye arr.. dah dukacitakan?? sudah tentu arr gagal. Tak penah lagi aku jumpa ayat "DUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA LULUS...". Takde maknanya. Tak penah lagi aku jumpa ayat camtuh heheheh.... Si F pun beritahu, untuk exam kali ni pun dia gagal. Dia kata susah nak catch up exam kali ni tak macam kali lepas.. sonang baitu! (Lulus tak lulus En. F oii .. ko pun dah lulus interbiu arituh.. ko now PTD wanna be.. so, tak yah nak meraung gagal exam kali ni.) Yer.. 1st time aku amik ngan si F ni kami sama2 lulus n sama2 pegi interview. Within interview ada satu lagi exam. So, kali pertama amik si F ni dah berjaya dalam interview so tak perlu nak sedih tonggang terbalik gagal exam kali ni. No need k! Si F wanted nak join gomen cz usia sudah lanjut katanya. PTD plak had umo sampai 35 tahun, dia plak dah 32 ... haruss kena bergerak pantas dan cekap. So, sekarang dia boleh tertawa gumbira sebab dah berjaya interview kali pertama.

Aku plak cam biasa. Actually tak ready lagi nak jadi officer nie. Banyak tanggungjawab nak jadi officer. Kena serious dalam keje dan kena commited dengan kerjaya. Aku?? Malasssssssss........Gagal atau lulus bagi aku biasa saja. Ada rezeki jadi officer.. aku terima.. takde rezeki.. pun aku terima. Suh pegi exam.. aku pegi.. gagal or lulus belakang kira. Perempuan ni bukan elok sangat berjawatan tinggi2... biasa2 sudah! (uik.. ayat menyedapkan ati sendirik ke nie heheheh.. eh! takde2.. ni suara hati yang ikhlas taw..... hempok kang!)Lagi pun intention aku skrang hanyalah nak posting. Tak sabo nak posting nie.. nak sangat rasa dok negara asing sensorang takde orang kenal.. moleh??? Bagi aku, kerja apa saja tak kisah.. JANJI HALALAL TOIYIBA....

My Heart: Bersyukur dengan apa yang ada......

JANGAN BILANG TIDAK

Kan selalu nau aku cakap kat kowang.. yang aku selalu sangat pasang lagu ni tetiap hari.. pagi, petang, siang, malam non-stop. Sampai bebudak opis nak muntah ijo dok dengar aku pasang lagu ni hehari.. hahah.. ada aku pedulik?? Pc aku, lagu aku, sound aku... suker ati aku ler.. kowang takmo dengar kowang tutup tinge korang ngan kapas. Nak dengar pasang je tinge kowang cz lagu aku ni free of charge.. So, aku kasi korang lirik lagu ni. Pada sapa yang terkena .. layan jer... Lagu ini aku suka bangat sebab ada kena mengena ngan aku. So, aku dedicate lagu ni for sumone yang jauh dimate.. dekat dihati... layannnn.... zasssss.......


JANGAN BILANG TIDAK


Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar pipipun semu
Namun aku mohon jangan bilang tidak



My Heart: Harap dia memahami....




PAGI AKU YANG TAKDE MOOD

Aku rasa down sesangat pagi ni. Entah arrr... rasa cam perempuan meroyan. Serba tak kena.. buat ini salah, buat itu pun salah. Nak duduk salah.. nak berdiri pun salah... tapi bila aku terlentang.. ok plak. So, sekarang aku post n3 ni dalam keadaan telentang. (chait! lawak accapan apakah ini?? ye..ye.. aku tipu.. aku skarang tengah duduk memolek silang panggung kat krusi empuk aku kat opis neh. Dok tegak2 sambil mengadap PC jenama Acer flat screen dan haruss.. ada melo kat sebelah.. )

Nape aku tetiba down?? Erm.. ntah arr. Agaknya aku dah nak monopous kot. Haih! simpang melakat pat ploh pat... minta jauhkan arr.. omak ni masih mudo remajo... ahaks!. Nape ek.. erm... nape ek?? Aku pun tak taw sebab apa. Ape kehernyer tetibe aku rasa down. Biasa arr.. kadang2 ada time2 kita rasa cam takmo jumpa orang, takmo cakap, takmo makan, takmo minum, takmo mandi (ada ker?? aku je kot yang takmo mandi heheheh pecah rahsie berpalang merah aku... tapi arini sebelom ge opis aku mandi tau.. siap mandi air panas lagek.. sejok bebenor plak pagi ni). Betol x?? Penah tak kowang rasa?? Ada masanya korang akan rasa camtu. Rasa down tetiba tanpa sebab.

Samer arr ngan aku. Ekceli aku rasa down sejak semalam lagek.. sampai2 umah aku rasa sunyi sesangat. Kecik takde. Aku tetiba rasa sedih bangat. Pandang bilik depa rasa sebak semacam. Haih... sebelum ni occay je. Kata nak belajarkan tapi aku totally loser.. totally fail. Selesai mandi dok mengadap TV pun still hati aku rasa tak tenteram.. still rasa sayu semacam.. tak ubah cam orang giler.. cuma giler aku ni takde arr sampai nak bunuh diri atau bunuh orang.. uish... takut aku nak buat. Kang kuar plak dalam sorat kabo kata ada orang bunuh orang pastu bunuh diri sendiri. Tgk2 muke aku yang cun melecun ni masuk sorat kabo.. kecoh satu kampung ahaks..

Tgk citer betty kegemaran aku pun dah rasa jemuih... tade mood nak tgk.. so. terus masuk bilik dengar lagu sambil baca novel. Pun tak jalan gak... walaupun novel yang baru aku beli tu pun syiok gak jalan citer masih lagi tak dapat menarik dan memancing perhatian aku untuk teruskan pembacaan. Aik.. nape nie?? aku dah nak mati ker??? dah nak temui ajal ker?? Subbahanallah... (ekot citer oraang2 tue.. depa dok kata kalo hati rasa tak sedap, rasa semacam.. itu petanda ajal dah nak mengunjung tiba.. yeker??) Alamak.. amal aku masih kurang... dosa aku terlalu banyak... tak sempat nak buat solat taubat nie.. camne nie?? Banyak lagi orang yang tak sempat aku nak minta maaf.. tolong.. YA ALLAH.. dengan rahmatmu.. kau panjangkanlah usiaku.. agar dapat aku bertaubat dan menebus dosa2ku yang lalu... tolonglah.. Ya! Allah ya tuhanku.. amin....

Rite now.. i'm feel lonely without my kecik. Aku rasa idup aku tak lengkap sesangat. I dunt care bout other ppl.. terpulang nak wujud dalam hidup aku or tak. Nak menghuni sekejap or selamanya... aku tak kisah. They have rite for make decision. For their future and sake. I dunt care.... serious.. dunt care... tak boleh nak paksa kalo tak berminat.. cannot push if dont have any intention.. Cuma... jaga diri sendiri.. sayangi diri sendiri dan cintai diri sendiri...... itu yang berbaik..

My Heart: Taknak hati ini terluka lagi....

Monday, April 20, 2009

DIET

Baru lepas lunch. Lunch kat office jer. Bos besau yang sekarang ada kat London belanja makan. Beli KFC dan Pizza Hut untuk bebudak opis ni. Beli ala kadar jer cukup2 untuk makan 21 orang. 21?? Erm.. cam kenal jerk nombor tu. I Likeyyyyy ahaks... Lapau tuhan je yang tau... dah arr dari pagi tak bekpes. Perut bergedang tali kecapi.. punyer lapo macam minta nyawa.. mintak nyawa..minta nyawa.. lapo gilers...

Makan 2 piece pizza hut membuatkan aku kenyang bangat. Eh! macam tak cayer jer yang aku makan sikit heheh. Tadi kemain kemaruk kata lapo macam tak pernah makan setahun. Ye.. ye..ye.. aku memang nak diet dan mengecikkan badan aku yang dah bam-bam bagai di pam2. Dalam sekelip mata saje aku jadi nomok dan tak ke'berat'an aku naik tak hengat doniya. Aku kena diet. Yeah! itu adalah wajib kerana si dia memaksa (paksa ker??? ahaks) untuk menurunkan berat badan sehingga saiz pinggang mencecah 24 inch. Yarabi.. cekeding arr aku nampak gayanya kalo pinggang saiz itu.

Rasa cam nak tercekik pizza masa makan tadi bila ingatkan berat dah naik 60kg... turun berat.. turun berat... turun berat.. trasa cam dia berzikir2 kat tinge aku. Aarghhh.. tensionnye aku. Occay.. pasni aku minum air jer... kalo tak kurus gak jangan salahkan aku.. salahkan air milo, air coke, air 100 plus yang aku minum...

Sekian.




My Heart: Senang je nak kurus... meh reramai pakat dok somalia..

OUTING KL LAST NITE

Semalam outing wif my BFF ke KL. Plan nak kuar ngan gadesku ini memang dah dirancang lama tapi tak penah arr nak jadinyer. Asik arr banyak halangan dan rintangan. At last, tanpa dirancang terjadi arr aktiviti menyetankan diri bersama bff. Pagi plan.. petang terus pegi tanpa rasa bersalah kat negara ahaks... (poyoskan aku... konon ala-ala penjawat awam yang berhemat arr tu.. herks.. tuiii)

Minta izin ngan orang jauh. Si'dia' disana tak memberi keizinan. Atas sebab apa?? Aku tak tau cuma katanya dia tak nak aku pegi KL. Aku menerangkan yang aku terpaksa ke KL untuk menghantar novel yang aku pinjam kat The Mall. Terpaksa pegi tau cz tarikh pulangan buku dah dekat nau, takut tak sempat nak hantar, end up aku kena denda (ye..ye... nampak sangat bukan aku. Mcm arr muslimah sangat sampai nak ke kl kena guna ayat terpaksa.. padahal hati tu dah menggulupur nak sangat pegi KL heheh ahaks).. Last sekali, dia bagi aku pegi ... yahooo... (eh! pelik plak.. nape aku minta izin dia?? hahaha konpius.. konpius.. lariksss....)

Sampai Kl agak lewat atas sebab munasarawak yang tak dapat dielakkan. Sampai je Masjid Jamek terus ke Semua House untuk beli 'ubat' bff.. (yer bff... kalo ko tak kurus.. aku hempok ko kasi kurus.. penat seh jalan kaki nak kesana.. heheh.. ampun bff!)... Lepas je beli ubat bff, beg aku plak wat hal.. boleh plak tengah aku kontrol cun nak beli tudung .. aku terasa cam ada orang tarik beg aku .. end last tali handbeg aku terputus. WTF! siot tol.. celaka mana yang tarik tali hangbeg aku neh.. Nak rampok pun.. eh silap.. nak rompak pun cari arr port bagus.. ni tetengah orang ramey ko nak rompak aku ek.. Setan tol arr... So, nak tak nak kena arr cari beg baru.. Dalam pale otak aku rasa cma satu pembaziran nak beli beg yang kualitinya tahan 2-3 minggu. Adohai.. beg kat sini murah memang murah... tapi kualiti?? (ye..ye.. aku demand sangat ek.. eh. .bukan aku demand seh. tapi aku pk nak beli beg lagi ker sedangkan beg kat umah banyak sangat tak berpakai.. chait! alasaannn.....)

Akhirnya beli gak beg harga RM20. Jadi arr nak menampung bebanan barang-barangan yang aku bawa. Selesai urusan di Masjid Jamek, aku dan gadesku terus rush ke The Mall nak pulangkan buku. Sampai sana jumpa ngan WMN.. kekasih hati bff. Lepas buat adegan jejak kasihan macam dah soploh tahun tak jumpa, aku tinggalkan diorang untuk beramah mesra dan aku terus ke level paling atas untuk pulangkan buku. Again! Aku ditimpa malang. Kedai buku tu dah tertutup awal occay.. .eii geramnyer. Eh! tertutup awal ke or aku yang terlewat sampai??? Hurm.. malang sungguh nasib aku. Adakah kerana aku engkar cakap si 'dia'?? Yeke? aku engkar ker?? Apa-apalah... harap dia tak bambo aku...ahaks!

Untuk memujuk hati yang rawan, bff dan wmn ajak aku makan. Tekak memang takde selera tapi dek kerana tension dan keciwa maka segelas besar air tembikai habis juga aku kerjakan. Puas hati walaupun tension! Bff dan kekasih hati berborak2.. aku plak takde mood nak masuk campur... biarkan diorang bercanda mesra. Orang ada peluang, gunakan sebaik mungkin. Aku?? Check balance kreadit.. ada lagi then terus call orang jauh. Bagi SMS kat orang sana suh call dia cakap tak cukup kredit ada 15 dollar jer.. occay aku memahami so aku pun call. Dapat dengar suara dia sudah memadai bagi aku untuk menghilang tension dan rasa kecewa. Berbual sebentar hati aku kembali sejuk. Selesai makan terus amik train pulang ke rumah. Ada pekara yang terjadi membuatkan aku sedikit terkilan.. bukan sedikit terkilan tapi terkilan amat. Erm... takper arr .. kalau itu yang dia mahukan.. benda dah berlaku.. terima je arr....

Sepanjang dalam train berbual ngn bff. Saling berkongsi cerita dan rahsia.. benar-benar membuatkan pale lapang sedikit selepas keterkilanan aku tuh.. Sampai PJ terus amik kereta dan pulang ke rumah. Selesai mandi, sambil tgk TV sambung balik berSMS dengan bff ttg kisah AKU. DIA. KAU. dan KAU.


My Heart: Sama tapi tak serupa....

Sunday, April 19, 2009

WEEKEND AKU

Weken 2 hari balik kampung jenguk kecik. Seronok bangat kecik jumpa aku walhal baru beberapa hari berpisah. Tapi in da end bukan kecik yang meraung melalak2 jumpa aku.. aku yang meraung tak hengat doniya. Sedih bangat bila jumpa kecik macam dah soploh taun tak jumpa.

Perjalanan dari KL ke Perak memang mencabar. Yes! mencabar bagi aku. Dis is my pest taim balik kampung sensorang. Advanture seh! terasa memang survive giler. Yeah.. aku dah makin berani dan makin berdikari. Dulu menggelupur nak ajak 'orang lain' pandu arah bila nak balik kampung. Mana brani seh nak balik sensorang. Kan aku ni wanita melayu terakhir yang ala2 manjer gitu ahaks! But now, i'm reely suprised wif ma self. MAKIN BERANI DAN BERDIKARI.. hurm.. not bad!

Bangun pagi tu agak terlewat. Penat gamaknya... hingga panggilan dari jauh pun aku tak dengar. Bangun2 terus mandi siap bagai. Hp disisi tak dilihat lansung kerana terlalu bz nak menyiapkan diri. Lagipun mana ada orang nak call or sms aku. Dah lama sangat hp tu sepi dari sebarang panggilan dan sms si dia. Hanya panggilan dan sms si dia n my bff je aku layan.. yang lain... Ya, Ampun! takkan dilayan.

Perjalanan yang agak terlewat tu aku mulakan dengan langkah kanan (harus gitus... heheh nampak sangat bukan aku kan.. dulu nak kemana, main redah je tak ingat kaki kiri ke kaki kanan ke.. yang penting jalan jer..). Memula nak drive tu ya ampun.. takut giler aku. ye arr.. takut silap simpang.. kang plan nak ke perak terus ke thailand camner.. tapi demi kecik aku tabahkan hati. Sampai je TM membuatkan hati aku sedikit reda. Yes, akhirnya aku sampai gak daerah kelahiran aku. Singgah sebentar umah family aku untuk letak beg bagai sebelum ke SB untuk berjumpa family SKA. Saje je kesana.. tetiba aku rasa nak menjenguk keluarga mertua tak jadi aku tu. Nak lihat bagaimana keadaannya. Yes, aku akui sepanjang aku ngan xml, aku dah tak pernah menjenguk mereka. Walhal itu adalah rutin yang selalu aku buat dulu but sepanjang ngan xml, aku dilarang sama sekali untuk bertanya khabar Abah, Mak, Kak ayu dan K-e. Sampai umah arwah SKA. layanan mak dan abah masih macam dulu. Mesra melayan aku.. cuma K-e je yang agak dingin dengan aku. (K-e masih marah ngan kak ngah ek?? Takpe.. kak ngah akan tunggu K-e mesra cam dulu) Pada mereka semua, aku tunjukkan muka ceria.. saje takmo beritahu mereka masalah aku. Malu pun ye gak.. takut mereka kata ini pembalasan pada aku.. Tapi kak ayu dapat rasakan kelainan pada wajah ini. Kak ayu tanya aku nape aku nampak makin suram.. tapi aku tetap menutup rapat mulut ini dari bercerita apa2. Janjiku pada kak ayu akan menerangkan semua sekali bila aku sudah bersedia. Kak ayu pelik "Sha yang kak ayu kenal bukan macam ni, dulu sha suka cerita macam2 pekara ngan kak ayu tanpa berrahsia tapi kini semua biarlah rahsia" (ye.. kak ayu, manusia bole berubah dalam sekelip mata macammana zaman yang sentiasa berubah-ubah)

Sebelum meneruskan perjalanan ke Taiping, aku menyinggah sebentar ke 'rumah abadi' SKA. Sudah terlalu lama tak kesana.. sayu je hati melihat 'persemadiannya' yang sentiasa bersih. nampak sangat mak selalu pergi kesana. Mungkin terlalu rindu dengan SKA maka mak selalu membersihkan 'rumah abadi' itu. Aku. Sebaik melihat rumah itu, terus sebak tak hengat.. terasa kejam diri ini. Terasa terlalu jahat hati ini meninggalkan dia dulu. Salah aku ke?? Dosa aku ker?? Sedangkan aku sendiri telah dipaksa. Walhal aku sendiri telah ditentukan nasibnya tanpa membuat sebarang pilihan. (Abg, sha banyak masalah sekarang ni. Sha nak sangat luahkan pada abg macam dulu. Share everything wif u. Sha nak sangat dengar pendapat abg. Lawak tawa abg. Sha rasa ini pembalasan pada sha kerana buat abg camtu dulu.. maafkan sha) TITIK. Biarkan suma berlalu....

Meneruskan perjalanan ke TP. Sampai2 terus amik kecik n rush balik ke TM Sampai rumah.. rehat sebentar sebelum siapkan kecik pegi pasar malam. Happy sangat muka kecik dapat jalan2. ye arr.. selalunya dengan aku je dia selalu jalan pun. Harus rasa happy dapat pegi jalan2 pasar malam. Hurm.. sure aku akan rindukan detik ini. Melayan si kecik adalah pekara paling membahagiakan aku. Walaupun penat aku puas hati. Esoknya aku terpaksa hantar semula kecik ke TP. Ikutkan aku cuti 2 hari tapi panggilan telefon opis memaksa aku batalkan cuti. So, masa aku ngan kecik adalah singkat. Takpe minggu depan kot amik cuti lagi. Lepas hantar mereka, dengan berat hati aku teruskan perjalanan balik kl. Sampai kl, penat sangat. Sambil tgk TV sambil layan SMS dari si 'dia'. Ada beberapa SMS dia membuatkan hati aku kembali terluka sedangkan sebelumnya tu hati ini berbunga-bunga ceria. Hurm.. entah arr. Redho je arr andai itu yang ditakdirkan buat aku.


My Heart: Tak sangka diri ini masih tidak sepenuhnya menghuni dihati itu....

Wednesday, April 15, 2009

JANTAN vs LELAKI??

Sedang dok godek2 'rumah' kengkawan len.. aku terjumpa satu 'rumah' yang gaya penulisan dia begitu memukau mataku yang shantik bangat nie (sambil tenyeh2 eye shadow kat mater.. ye..ye.. aku taw korang jeles ngan aku ahaks.. lariksss...)

Aku suka sangat dengan N3 dia, terasa cam kena sangat ngan aku. Kepada tuan rumah @ tuan tanah.. ya ampun ek sebab cilok N3 anda.. aku taw aku salah.. takpe2 kalo anda tertau aku cilok n3 anda.. leh tuntut terus kat aku ek.. jangan tuntut kat akhirat takut tak terlangsai aku nanti...

Camni ceriteranya...

kenapa lelaki tidak pernah merasa puas ngan apa yg mereka ada? kenapa mostly nyer tidak reti nk menghargai n owez take things for granted? heran...

bila sudah ilang baru mao carik...bila org dah tak hingin baru nk merayu...tapi bila masa ada tidak mao jaga...heran....

im not saying all gurlz r an angel n man r from hell..tapi aku criter dr apa yg aku nampak di sekeliling aku..n apa yg aku dah lalui...most man that i attached wit tak reti nk menilai diri aku...tak reti nk menghargai apa yg aku wat selama ini..aku ni mcm magnet to bad boys ka?? asik dpt salaaaah je..? hmmm..heran...

wen i fall in love..aku mmg serius bout it..sanggup wat pe saja..jaga makan pakai segala...tapi selalu segala yg aku wat ni disalah ertikan sebagai kongkong! WTF?! aku ni punyer aa nk di manjakan ..dibelai selalu mcm apa yg aku lakukan kat mereka sume tapi bila mereka2 ini aku manjakan...naik mua...pijak pala aku plak! n bila aku mempersoalkan kenapa..jawapannyer...bosan n rasa tersepit! cis! ini kah lelaki yg mau di buat suami?? baru skit dah bosan...kalo dah kawin..muka aku gak yg ko akan tgk for the rest of ur life! masa tu ko nk ckp bosan mmg ko akan bercakap ngan kaki aku aaa! sakit lak ati aku...

zaman skang amat sukar mencari LELAKI..amat senaaaang berjumpa JANTAN..so man out there...even tho u have those thing inside ur pants...doesnt mean u r LELAKI..mebi anda tak sedar anda dah jadi JANTAN..n cermin aa diri sendri gak...adakah anda tu baik sangat utk dpt pompuan yg baek...jgn terlalu cereeewet kerana tuhan dah tetapkan..kalo ko tu jaat, dpt aa ko pompuan jaat...jgn nk ngada2 berangan lak!

aku sentiasa sedar diri..im no angel oso...thats why aku sentiasa sabar even these man owez sakitkan aku...pada aku segalanyer dah tertulis..aku terima even if seteruk mana sekali pun...tapi kengkadang sayu gak ati bila diri tidak dihargai...walhal aku dah wat terbaik...kengkadang aku tak paham..aku layan baik, salah...layan mcm setan lagi aa salah....setia bagai nk giler, tak dihargai...kalo curang lagii aa alasan mereka mao salahkan aku...haiy~

dah banyak kali aku dpt lelaki2 yg tak gheti setia..susah sangat ke nk setia? mulutt tuu asiikk nk menipu...booohong je keja nyer..tapi tah aa tuhan kasi aku this 6th sense...korang tipu aa mcm mana sekali pun..aku pasti tau...n paling extreme aku pasti dpt kantoikan korang sendrik...PEDIH!

pernah ke korang dpt satu statement ini..."awak stok bini saya..so biar laa saya nk maen ngan org laen.."

wawawah..amat hebat kan jantan ini? TAMAK takmo lepaskan aku...tapi stil mau that slut! dia tau takkan dpt dah carik org cam aku yg amat setia bodo...basuhkan baju..masak utk dia..jaga sakit pening...*he said so* but stil he wants to fuck around! bullshit sangat kan? tapi yg paling bullshit...adalah AKU sendri..sb aku sayang dia...hmmm...bodo kan? but like i said earlier...wen i fall in love...aku sungguh2..n dlm ati aku sentiasa yakin..manusia akan berubah..entah aa...

n now aku takmo dah jadi setia bodo...aku tau aku rosakkan diri aku bila aku terlalu saket ati...i let masef drown deep....luaran mmg nampak aku terrlalu degil...keras...tapi inside tiada sapa yg tau betapa aku amat fragile..i juz need sum1 HANYA utk diri aku..bukan yg boleh dikongsi2 bersama...


My Heart: Boleh tak awak berubah.. jangan ego sangat!

FZ

Ni cerita semalam tapi aku nak cerita juga arini. Dalam N3 yang terdahulu, aku ada cerita yang kawan baik aku dari Brunei akan balik for good. Semasa YM bersama, tidak pulak si FZ ni nak cerita what date dia balik. Memula masa dia beritahu nak balik for good tu, aku anggap dia melawak cz aku memang kenal bangat ngan sikap melawak mamat ni. Tak hengat punyer olang kalo nak melawak...

Masa pegi bekpes pagi semalam.... aku bole plak nampak mamat seketui ni dok usha makan.. Aik! macam ku kenal je ni olang.. Aku dengan ilang segala sifat feminin dan ala-ala ayu (ye..ye.. nampak sangat bukan aku heheheh) terus menerkam dan terterkam kat dia.. wallas.. syahdu seh jumpa kawan lama. Hurm.. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.. Girang occay! Jumpa kawan se'skandal' masa zaman blaja... makan sama, study sama, lepaking sama, mengulor sama, susah senang bersama-sama (ingat x ko pinjam 20 posen aku nak bayo duit tambang.. ko pulangkan cepat. Ko dah kayakan sekarang huhuh???) buat baik sama dan buat jahat sama cuma tido je tak penah sama (sambil buntang biji mata heheh... hempok kang! aku suci murni arr.. buat jahat nehi..nehi.. betty!)

Maka dengan ini... FZ memang balik for good.. (dia tak tipu aku arrr) dan dengan rasminya jadi kawan se'skandal'ku semula ahaks.. (FZ, ko kawan skandal aku??? herkk tuiii... nyamfah ai... ahaks! mati aku kena ngan Halina... maaf Datuk! ai kaco menantu Datuk) So, dek kerana kawan suka suki aku sudah kembali... maka dengan ini... FZ, meh kita menyetankan diri..... lariksss......... (ok...ok.. aku ajak akma sekali.. aku tau ko ngan akma mana bole dipisahkan.. jeles ai taw)

My Heart : Bersyukur dikurniakan dengan kawan-kawan yang sentiasa disisi.

Tuesday, April 14, 2009

AKU

Mulakan hidup baru? Itu sudah pasti sepasti pastinya. MESTI bukan PERLU. Apa saja yang mendatang mesti hadapinya dengan TABAH. Sudah semestinya.

Open new book. Open new chapter. Lupakan segala-galanya. Tapi jangan lupa terus apa yang dibelakang kerana yang dibelakang itu boleh dijadikan pengajaran dan panduan.

Hati perlu kuat. Jiwa perlu tabah. Akal perlu bijak. Baru boleh ke hadapan.


My Heart : Cuba Belajar....

AKU. KAU. DIA.

Jumaat yang mulia. Seharusnya tidak perlu mencari musuh. Pasti. Aku bukan malaikat tapi aku tetap manusia biasa yang punya perasaan.

Niat aku cuma satu. Ingin memberitahu tentang pekara yang mungkin 'kau' masih tak tahu. Entah! SMS aku dipandang sepi. Baginya mungkin tidak penting untuk membalas dan bagi aku pula bukan penting sangat untuk menerima balasan darinya.

Cuma sedikit terkilan kerana 'hubungan' yang agak mesra dulu antara 'kau' dan 'aku' tidak diambil kira. Kini 'hubungan' itu agak tegang. Atas sebab apa?? Aku keliru. Masih mencari jawapan. Adakah kau 'tersilap' perhitungan atau 'tersalah sangka'?? Tapi atas sebab dan dasar apa???

Kalau direnung sejauh-jauh mungkin dan diselam sedalam-dalamnya.. hanya satu sebab sahaja yang memungkinkan ini terjadi. Ye! satu sebab saja. Sebab 'dia' mungkin! Tapi kenapa dan mengapa 'hubungan' ini terbabit sama?? What past is past. Kalau 'dia' dan 'kau' pernah ada 'hubungan'.... itu adalah yang lepas. Aku boleh menerima tetapi kenapa kau tidak boleh menerima apa yang berlaku sekarang. Kerana kita sama-sama K.A.W.A.N.

Mungkin masalah antara 'kau' dan 'dia' masih berbaki tapi jangan babitkan hubungan 'kau' dan 'aku'.


My Heart: Faham erti kawan dan persahabatan...