Thursday, June 4, 2009

ON LEAVE

Esok Cuti. Selama-lamanya. Tidak Mungkin
Esok Cuti. 3 Hari Cuma. Berpoya-poya
Sibuk Menguruskan Satu Majlis
Majlis Kesukaan. Majlis Kegembiraan
Pasti Majlis Pertunangan
Yang bakal Diadakan
06.06.2009

My Heart: Terima dengan penuh kesyukuran

Wednesday, June 3, 2009

DOA TERAKHIR


Hidup.. satu amanah yang dikurniakan olehNya.. satu perjuangan yang patut dipertahankan. Tapi kadangkala kita tidak amanah, biarpun telah dicipta dan dilantik sebagai khalifah teragung di muka bumi ini..
Demi Allah aku pernah terleka.. aku pernah terlalai.. malahan kadangkala perna hterlena dan tewas dengan permainan duniawi.. bukan tidak diperingatkan, bukan tidak diberi amaran.. tapi aku yang tewas dalam memperjuangkan pegangan dan maruah diri..

Terfikir juga aku bagaimana aku hendak menghadap penciptaku sendiri..
Kelak ditanya aku, apa yang telah kulakukan di muka bumiNya ini..
Kelak akan ditayangkan kembali segala kelakuan,segala akhlakku, segala kecuranganku..
Demi Allah, ku tidak sanggup untuk menghadapi saat-saat itu..

Bukan aku tidak diberi pedoman,
Bukan tidak diberi pegangan,
Bukan tidak diingatkan dengan azabNya yang menakutkan..

Cuma aku.. diriku sendiri..yang tidak kena..
Namun begitu, aku akur dengan ketentuan Ilahi, menghadapi dugaan dan ujian dariNya..

Waktu itu roboh segala ego, melayang segala sifat sombong,
Bagaikan ditiup angin..

Waktu itu aku akur.. sujud menyembah yang Esa..
Pada Ilahi ku bermunajat dengan sedaya upaya..



My Heart: Ampun segala dosa-dosaku...

SAHABAT

Kerana kita adalah 'sahabat' …
Maka kita telah bersatu..
Kerana kita adalah 'sahabat'… kita telah memilih untuk membisu..

Sudah hampir sekian lamanya kita mengikati tali persahabatan ini…
Kadang ianya hampir putus kurasakan…
Namun ku cuba untuk bertahan… demi menyimpul kembali tali persahabatan ini
Dengan apa jua sekalipun… walaupun dengan titisan air mata…

Dia, aku dan engkau serta dirinya telah memilih untuk membisu…
Cuba memendam apa yang terpendam..
Sehinggakan kita sendiri tidak pasti… apakah kesudahan epilog cerita kita?
Namun bukan titisan air mata yang kuharapkan…
Bukan jua sekeping hati yang terluka…
kuharapkan sinar itu akan kembali menerangi
Dia, aku dan engkau serta dirinya…

Itu yang aku pohon padaNya…



My Heart: Tidak mungkin sama seperti dulu....