Thursday, June 4, 2009

ON LEAVE

Esok Cuti. Selama-lamanya. Tidak Mungkin
Esok Cuti. 3 Hari Cuma. Berpoya-poya
Sibuk Menguruskan Satu Majlis
Majlis Kesukaan. Majlis Kegembiraan
Pasti Majlis Pertunangan
Yang bakal Diadakan
06.06.2009

My Heart: Terima dengan penuh kesyukuran

Wednesday, June 3, 2009

DOA TERAKHIR


Hidup.. satu amanah yang dikurniakan olehNya.. satu perjuangan yang patut dipertahankan. Tapi kadangkala kita tidak amanah, biarpun telah dicipta dan dilantik sebagai khalifah teragung di muka bumi ini..
Demi Allah aku pernah terleka.. aku pernah terlalai.. malahan kadangkala perna hterlena dan tewas dengan permainan duniawi.. bukan tidak diperingatkan, bukan tidak diberi amaran.. tapi aku yang tewas dalam memperjuangkan pegangan dan maruah diri..

Terfikir juga aku bagaimana aku hendak menghadap penciptaku sendiri..
Kelak ditanya aku, apa yang telah kulakukan di muka bumiNya ini..
Kelak akan ditayangkan kembali segala kelakuan,segala akhlakku, segala kecuranganku..
Demi Allah, ku tidak sanggup untuk menghadapi saat-saat itu..

Bukan aku tidak diberi pedoman,
Bukan tidak diberi pegangan,
Bukan tidak diingatkan dengan azabNya yang menakutkan..

Cuma aku.. diriku sendiri..yang tidak kena..
Namun begitu, aku akur dengan ketentuan Ilahi, menghadapi dugaan dan ujian dariNya..

Waktu itu roboh segala ego, melayang segala sifat sombong,
Bagaikan ditiup angin..

Waktu itu aku akur.. sujud menyembah yang Esa..
Pada Ilahi ku bermunajat dengan sedaya upaya..



My Heart: Ampun segala dosa-dosaku...

SAHABAT

Kerana kita adalah 'sahabat' …
Maka kita telah bersatu..
Kerana kita adalah 'sahabat'… kita telah memilih untuk membisu..

Sudah hampir sekian lamanya kita mengikati tali persahabatan ini…
Kadang ianya hampir putus kurasakan…
Namun ku cuba untuk bertahan… demi menyimpul kembali tali persahabatan ini
Dengan apa jua sekalipun… walaupun dengan titisan air mata…

Dia, aku dan engkau serta dirinya telah memilih untuk membisu…
Cuba memendam apa yang terpendam..
Sehinggakan kita sendiri tidak pasti… apakah kesudahan epilog cerita kita?
Namun bukan titisan air mata yang kuharapkan…
Bukan jua sekeping hati yang terluka…
kuharapkan sinar itu akan kembali menerangi
Dia, aku dan engkau serta dirinya…

Itu yang aku pohon padaNya…



My Heart: Tidak mungkin sama seperti dulu....

Thursday, May 28, 2009

ULAR

Malam tadi. Tepat pukul 1 tengah malam.
Aku terjaga dari tidur yang lena. Ini adalah kerana.
Aku telah mengalami satu pengalaman yang paling menggerunkan.
Aku rasakan satu badan menggeletar.
Mungkin kerana ngeri. Mungkin juga kerana takut yang amat.
Yes. Aku telah bermimpi ngeri.
Mimpi yang mengganggu gugat satu malam aku.
Mimpi yang membuatkan aku tidak berani untuk tidur kembali.
Mimpi yang membuatkan aku sesak napas.
Mimpi apakah???

MIMPI DIBELIT ULAR BESAU...

APAKAH??

My Heart: Rasa cam nak bunuh je ular tu. Kuang asam sungguh arr ganggu tido aku..

Wednesday, May 27, 2009

TIP MENGGEMBIRAKAN HATI YANG SENGSARA, SEDIH, KECEWA DAN MAKAN HATI

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.


Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.


Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


My Heart: Berusaha se'lembut' mungkin

HATI

HATI. Resah gelisah.
JIWA. Teramat kacau.
MATA. Selalu bergerak-gerak disebelah kanan.
Orang tua-tua kata itu tanda ingin mengalirkan air mata.
Benarkah???
Mungkinkah ada sesuatu yang bakal berlaku.
Petanda??


My Heart: Doakan yang baik-baik saja..

Monday, May 25, 2009

WHY DO WE ALWAYS HURT THE MOST THE PERSON WE LOVE THE MOST?



Dok kat opis arini memang bowink. Sepatutnya peh kursus.. semangat nak keroje semakin arr mantapsss tapi aku.. aku.. adalah MALAS hahah.. Terasa nak cuti jer sebab capek banget tapi no..no..no.. nak mamps kena bamboo?? Rentikan..

Dah masuk opis ni apa lagek keroje aku... YM and blogging huhuh. Bos besau memang ada tapi nampak dia pun cam mamai jer. Agaknya sama cam aku tak cukup titon. Aku ber'YM' agak rancak dengan rakan jemaah yang len. Membuat postmortem tentang kejadian 2 hari lepas. masing2 menunjukkan ketidakpuasan hati impak maksima. Ye.. ye.. anak-anak sekelian.. Omak ni ee tau anak-anak sekelian begitu kiciwa tidak dapat berjimba dengan riangnya. takpe2.. next time kita cuba lagek k.

Tetiba aku terpandang 'shout out' seseorang. begitu menyentuh perasaan. terus aku menegur dia dengan semangat waja. Nak kepohci urusan celah2 bedah dia ahaks... poyoskan??? Sekali dia cakap.. dia pun saje je post sebab tertarik dengan ayat tersebut. Menurut laporan beliau.. ayat tersebut telah dicilok dari kawan dia yang len.. alahai... Yeke nok?? Erm.. terlepas hakoo cter sensasi heheh... So, aku pun berminat nak kongsi ngan uols suma. Meh arr baca.. meh arr.. Meh arr kepohci sama.. meh arr... ahaks!


"Why do we always hurt the most the person we love the most"


Haa ko.. sekali ayat begitu menyentuh perasaan. The rest yang terasa ati minta maaf bebanyak ek cz bukan orang yang tertentu saje yang terasa tapi aku lebih-lebih lagek terasa ko... ayat tu memang tepat kena batang idong aku neh he..he..he.. Rasa cam nak nanges je nie.. Apa yang membuatkan aku terberkenan ngan ayat ni adalah kerana ayat ini walaupun ringkas tapi mempunyai maksud yang teramat mendalam dan kalo arr di'eleborate' panjang lebar memang tak cukup hari dah. Kalo menulis kat keroteh kajang mau ampat polah ampah lai tak selesai..

Kadang-kadang the one we love are the people yang kita tak appriciate. Bukan kadang-kadang tapi selalu sangat 'kejadian' ini berlaku disekeliling kita. Berbincang dengan teman tentang hal ni memberi kesan yang teramat mendalam dalam hati aku. Uik.. omak ee.. napo emo sangat ni... Perhal?? tetibakan??. Ayat ini ekceli palings arr sesuwei ditujukan to the rest or sumone yang lost he/she loved one and
then bila di post-mortem blk, baru la die sedar yg he/she is being such a jer all this while... so dia fikir its too late to apologize n make up what he/she did to his/her loved one mean dats so regret la mknenye... n then he/she baru realize yg his/her loved one is the one that he/she really loves...though he/she never even thought that his/her man/woman is very special to him/her.. until he/she lost it... erm... kesian.. kesian.... baru nak sedar. Manusia mudah lupa...



Kenapa pekara camni selalu terjadi??? Kebiasaanya bagi pasangan yang bercinta... mereka yang telah meletakkan 'jarak intim' antara pasangan normally tidak akan berahsia apa2 dengan pasangan masing2. Their can talk anything, do anything wif his/her pasangan without put any boarder or gap. Ini bukan bermakna can do anything in term of *** occay.. dunt miss understood k. Bila terjadi situasi dimana sudah tidak ada lagi 'jarak profesional' antara keduanya maka segala perangai baik atau buruk terserlah. No need to pretend him/her self depan pasangan masing2. Sumetimes, when sumthing bad happend i.e.. mereka tanpa perlu rasa serba salah akan melukakan hati pasangan masing2 tanpa sedar atau memang disedari. Ini adalah kerana mereka tidak perlu berpura2 depan pasangan dan tidak perlu menjaga hati pasangan kerana mereka lebih mengenali pasangan masing2 bila 'jarak intim' telah berlaku. So, kadang-kadang kita tidak sedar atau memang sedar bahawa kita terlalu melukakan hati pasangan kita yang kita hingga kadang2 melibatkan kehilangan pasangan kita. Walaupun sebenarnya 'intention' kita myb untuk merapatkan lagi hubungan dengan pelbagai cara tapi end up kita kehilangan orang yang tersayang.



Tapi bagi aku.. dats the real relationship. No need pretend ourself kepada pasangan. Be urself. Kebaikan dan keburukan attitude kita harus seimbang. Mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni dek non. Bila ada baiknya tentang seseorang.. maka akan ada juga buruknya. Beza antara keduanya adalah banyak mana baik dan buruk itu. Kalau kita sayang pasangan kita... terima dia seadaanya... seharusnya kita menerima apa yang ada pada dia.. baik dan buruk dia. Jangan hanya mencintai kebaikan dia saja tanpa mengasihi keburukan dia. Bila ini berlaku, kita akan rasakan bahawa pilihan kita tidak 'sesempurna' mana. Kita akan merasakan dia tidak sesuai buat kita. Persoalan?? Apa yang sesuai buat kita sebenarnya?? Seharusnya kebaikan pasangan kita.. kita terima dengan syukur dan keburukkan pasangan kita hendaklah berusaha untuk merubah mengikut acuan yang betol. Perubahan bukanlah dalam jangka masa yang sekejapan. Perangai manusia. Perubahan akan mengambil masa. Contoh: Seseorang yang suka makan nasi tetiba dipaksa makan roti hari2.. tentu akan mengambil masa. Dia akan boleh makan roti hari2 bila dia berusaha untuk makan roti. Betol x?? Kalo diri kita sebaik dan sesempurna Rasulallah then baru kita boleh berangan nak dapatkan yang sempurna. Jika pasangan kita tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan kita mean dat take it or leave it.. kalo dia tak dapat terima apa hakikat yang kita ada.. menerima kita apa sebenarnya kita means dats 'we no meant 4 each other'. Harus R.E.D.H.A .. apa anak2?? Redho..

Erm.. apa aku merepek ni. Adohai.. aku tak reti arr nak eloberate pepanjang neh. Pandai2 kowank arr nak memahami maksud ayat tersebut. But for me.. sumthing terrible n horrable when last minutes we juz relieze dat kita melakukan kesilapan n then relieze dat pasangan kita tu dats the one we loved dan juga too late untuk minta maaf. Ketika itu.... jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalaaaannnnnnnn..


My Heart: Aku akan terima kau seadanya.