Thursday, June 4, 2009

ON LEAVE

Esok Cuti. Selama-lamanya. Tidak Mungkin
Esok Cuti. 3 Hari Cuma. Berpoya-poya
Sibuk Menguruskan Satu Majlis
Majlis Kesukaan. Majlis Kegembiraan
Pasti Majlis Pertunangan
Yang bakal Diadakan
06.06.2009

My Heart: Terima dengan penuh kesyukuran

Wednesday, June 3, 2009

DOA TERAKHIR


Hidup.. satu amanah yang dikurniakan olehNya.. satu perjuangan yang patut dipertahankan. Tapi kadangkala kita tidak amanah, biarpun telah dicipta dan dilantik sebagai khalifah teragung di muka bumi ini..
Demi Allah aku pernah terleka.. aku pernah terlalai.. malahan kadangkala perna hterlena dan tewas dengan permainan duniawi.. bukan tidak diperingatkan, bukan tidak diberi amaran.. tapi aku yang tewas dalam memperjuangkan pegangan dan maruah diri..

Terfikir juga aku bagaimana aku hendak menghadap penciptaku sendiri..
Kelak ditanya aku, apa yang telah kulakukan di muka bumiNya ini..
Kelak akan ditayangkan kembali segala kelakuan,segala akhlakku, segala kecuranganku..
Demi Allah, ku tidak sanggup untuk menghadapi saat-saat itu..

Bukan aku tidak diberi pedoman,
Bukan tidak diberi pegangan,
Bukan tidak diingatkan dengan azabNya yang menakutkan..

Cuma aku.. diriku sendiri..yang tidak kena..
Namun begitu, aku akur dengan ketentuan Ilahi, menghadapi dugaan dan ujian dariNya..

Waktu itu roboh segala ego, melayang segala sifat sombong,
Bagaikan ditiup angin..

Waktu itu aku akur.. sujud menyembah yang Esa..
Pada Ilahi ku bermunajat dengan sedaya upaya..



My Heart: Ampun segala dosa-dosaku...

SAHABAT

Kerana kita adalah 'sahabat' …
Maka kita telah bersatu..
Kerana kita adalah 'sahabat'… kita telah memilih untuk membisu..

Sudah hampir sekian lamanya kita mengikati tali persahabatan ini…
Kadang ianya hampir putus kurasakan…
Namun ku cuba untuk bertahan… demi menyimpul kembali tali persahabatan ini
Dengan apa jua sekalipun… walaupun dengan titisan air mata…

Dia, aku dan engkau serta dirinya telah memilih untuk membisu…
Cuba memendam apa yang terpendam..
Sehinggakan kita sendiri tidak pasti… apakah kesudahan epilog cerita kita?
Namun bukan titisan air mata yang kuharapkan…
Bukan jua sekeping hati yang terluka…
kuharapkan sinar itu akan kembali menerangi
Dia, aku dan engkau serta dirinya…

Itu yang aku pohon padaNya…



My Heart: Tidak mungkin sama seperti dulu....

Thursday, May 28, 2009

ULAR

Malam tadi. Tepat pukul 1 tengah malam.
Aku terjaga dari tidur yang lena. Ini adalah kerana.
Aku telah mengalami satu pengalaman yang paling menggerunkan.
Aku rasakan satu badan menggeletar.
Mungkin kerana ngeri. Mungkin juga kerana takut yang amat.
Yes. Aku telah bermimpi ngeri.
Mimpi yang mengganggu gugat satu malam aku.
Mimpi yang membuatkan aku tidak berani untuk tidur kembali.
Mimpi yang membuatkan aku sesak napas.
Mimpi apakah???

MIMPI DIBELIT ULAR BESAU...

APAKAH??

My Heart: Rasa cam nak bunuh je ular tu. Kuang asam sungguh arr ganggu tido aku..

Wednesday, May 27, 2009

TIP MENGGEMBIRAKAN HATI YANG SENGSARA, SEDIH, KECEWA DAN MAKAN HATI

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.


Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.


Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


My Heart: Berusaha se'lembut' mungkin

HATI

HATI. Resah gelisah.
JIWA. Teramat kacau.
MATA. Selalu bergerak-gerak disebelah kanan.
Orang tua-tua kata itu tanda ingin mengalirkan air mata.
Benarkah???
Mungkinkah ada sesuatu yang bakal berlaku.
Petanda??


My Heart: Doakan yang baik-baik saja..

Monday, May 25, 2009

WHY DO WE ALWAYS HURT THE MOST THE PERSON WE LOVE THE MOST?



Dok kat opis arini memang bowink. Sepatutnya peh kursus.. semangat nak keroje semakin arr mantapsss tapi aku.. aku.. adalah MALAS hahah.. Terasa nak cuti jer sebab capek banget tapi no..no..no.. nak mamps kena bamboo?? Rentikan..

Dah masuk opis ni apa lagek keroje aku... YM and blogging huhuh. Bos besau memang ada tapi nampak dia pun cam mamai jer. Agaknya sama cam aku tak cukup titon. Aku ber'YM' agak rancak dengan rakan jemaah yang len. Membuat postmortem tentang kejadian 2 hari lepas. masing2 menunjukkan ketidakpuasan hati impak maksima. Ye.. ye.. anak-anak sekelian.. Omak ni ee tau anak-anak sekelian begitu kiciwa tidak dapat berjimba dengan riangnya. takpe2.. next time kita cuba lagek k.

Tetiba aku terpandang 'shout out' seseorang. begitu menyentuh perasaan. terus aku menegur dia dengan semangat waja. Nak kepohci urusan celah2 bedah dia ahaks... poyoskan??? Sekali dia cakap.. dia pun saje je post sebab tertarik dengan ayat tersebut. Menurut laporan beliau.. ayat tersebut telah dicilok dari kawan dia yang len.. alahai... Yeke nok?? Erm.. terlepas hakoo cter sensasi heheh... So, aku pun berminat nak kongsi ngan uols suma. Meh arr baca.. meh arr.. Meh arr kepohci sama.. meh arr... ahaks!


"Why do we always hurt the most the person we love the most"


Haa ko.. sekali ayat begitu menyentuh perasaan. The rest yang terasa ati minta maaf bebanyak ek cz bukan orang yang tertentu saje yang terasa tapi aku lebih-lebih lagek terasa ko... ayat tu memang tepat kena batang idong aku neh he..he..he.. Rasa cam nak nanges je nie.. Apa yang membuatkan aku terberkenan ngan ayat ni adalah kerana ayat ini walaupun ringkas tapi mempunyai maksud yang teramat mendalam dan kalo arr di'eleborate' panjang lebar memang tak cukup hari dah. Kalo menulis kat keroteh kajang mau ampat polah ampah lai tak selesai..

Kadang-kadang the one we love are the people yang kita tak appriciate. Bukan kadang-kadang tapi selalu sangat 'kejadian' ini berlaku disekeliling kita. Berbincang dengan teman tentang hal ni memberi kesan yang teramat mendalam dalam hati aku. Uik.. omak ee.. napo emo sangat ni... Perhal?? tetibakan??. Ayat ini ekceli palings arr sesuwei ditujukan to the rest or sumone yang lost he/she loved one and
then bila di post-mortem blk, baru la die sedar yg he/she is being such a jer all this while... so dia fikir its too late to apologize n make up what he/she did to his/her loved one mean dats so regret la mknenye... n then he/she baru realize yg his/her loved one is the one that he/she really loves...though he/she never even thought that his/her man/woman is very special to him/her.. until he/she lost it... erm... kesian.. kesian.... baru nak sedar. Manusia mudah lupa...



Kenapa pekara camni selalu terjadi??? Kebiasaanya bagi pasangan yang bercinta... mereka yang telah meletakkan 'jarak intim' antara pasangan normally tidak akan berahsia apa2 dengan pasangan masing2. Their can talk anything, do anything wif his/her pasangan without put any boarder or gap. Ini bukan bermakna can do anything in term of *** occay.. dunt miss understood k. Bila terjadi situasi dimana sudah tidak ada lagi 'jarak profesional' antara keduanya maka segala perangai baik atau buruk terserlah. No need to pretend him/her self depan pasangan masing2. Sumetimes, when sumthing bad happend i.e.. mereka tanpa perlu rasa serba salah akan melukakan hati pasangan masing2 tanpa sedar atau memang disedari. Ini adalah kerana mereka tidak perlu berpura2 depan pasangan dan tidak perlu menjaga hati pasangan kerana mereka lebih mengenali pasangan masing2 bila 'jarak intim' telah berlaku. So, kadang-kadang kita tidak sedar atau memang sedar bahawa kita terlalu melukakan hati pasangan kita yang kita hingga kadang2 melibatkan kehilangan pasangan kita. Walaupun sebenarnya 'intention' kita myb untuk merapatkan lagi hubungan dengan pelbagai cara tapi end up kita kehilangan orang yang tersayang.



Tapi bagi aku.. dats the real relationship. No need pretend ourself kepada pasangan. Be urself. Kebaikan dan keburukan attitude kita harus seimbang. Mana ada manusia yang sempurna kat dunia ni dek non. Bila ada baiknya tentang seseorang.. maka akan ada juga buruknya. Beza antara keduanya adalah banyak mana baik dan buruk itu. Kalau kita sayang pasangan kita... terima dia seadaanya... seharusnya kita menerima apa yang ada pada dia.. baik dan buruk dia. Jangan hanya mencintai kebaikan dia saja tanpa mengasihi keburukan dia. Bila ini berlaku, kita akan rasakan bahawa pilihan kita tidak 'sesempurna' mana. Kita akan merasakan dia tidak sesuai buat kita. Persoalan?? Apa yang sesuai buat kita sebenarnya?? Seharusnya kebaikan pasangan kita.. kita terima dengan syukur dan keburukkan pasangan kita hendaklah berusaha untuk merubah mengikut acuan yang betol. Perubahan bukanlah dalam jangka masa yang sekejapan. Perangai manusia. Perubahan akan mengambil masa. Contoh: Seseorang yang suka makan nasi tetiba dipaksa makan roti hari2.. tentu akan mengambil masa. Dia akan boleh makan roti hari2 bila dia berusaha untuk makan roti. Betol x?? Kalo diri kita sebaik dan sesempurna Rasulallah then baru kita boleh berangan nak dapatkan yang sempurna. Jika pasangan kita tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan kita mean dat take it or leave it.. kalo dia tak dapat terima apa hakikat yang kita ada.. menerima kita apa sebenarnya kita means dats 'we no meant 4 each other'. Harus R.E.D.H.A .. apa anak2?? Redho..

Erm.. apa aku merepek ni. Adohai.. aku tak reti arr nak eloberate pepanjang neh. Pandai2 kowank arr nak memahami maksud ayat tersebut. But for me.. sumthing terrible n horrable when last minutes we juz relieze dat kita melakukan kesilapan n then relieze dat pasangan kita tu dats the one we loved dan juga too late untuk minta maaf. Ketika itu.... jangan biarkan diri anda diselubungi kekesalaaaannnnnnnn..


My Heart: Aku akan terima kau seadanya.





Saturday, May 23, 2009

KURSUS-FINAL DAY


HARI KETIGA


Hari ni merupaan hari terakhir kursus. Anak-anak didik sekelian bersorak sorai sebab leh balik umah qado' tido yang tak cukup. Aku pun same hak..hak.. Kowank suma-ahli jemaah syaitonnirojim.. pehni balik umah terus taw. Jangan nak merambu memaner2. Ekot cakap mak ni haa yang terlobih makan gula batu dari kowank. Jangan engkar.. nanti daulat kuar tanduk kat pale. Sapo nak tanggongjawab?? Omak gak ee...

Pelawaan Encek Merlin magic world untuk ke kenduri seseorang di Putrajaya masih dalam pertimbangan. Rakan yang telah lama berkahwin pada 02 Mei 2009 yang lalu ingin membuat majlis resepsi belah pihak lelaki di dewan Putrajaya. Bukan takmo join tapi siyes aku penat sangat. Penat badan (asik dok kat kusi dengar ceramah yang membuhsankan) juga penat minda (mendengar kebenaran dari teman yang ku temui malam tadi tentang seseorang). Aku memang penat dan letih impak maksima. Capek amattt! Dah tak tau nak reda ekot mana.. nak handle cane. Kebenaran itu memang mengejutkan tapi what past is past.. Dia nak menipu itu hak dia. Lantak dia.. cuma ada sedikit keterkilanan dan kekesalan kerana aku yang telah ditipu 'mati-mati'.

Lupakan tentang si penipu. Biar ALLAH saja yang membalasnya. Yang penting balik ni aku nak bermain dengan my kecik yang telah lama aku tinggalkan (erk.. lama ker?? baru 2 hari sayang). Janji nak bawa mereka jalan-jalan akan aku tunaikan.


My Heart: Windu bangat sama kamooo....

KURSUS_DAY 2 @ NITE SEESION

SESI MALAM

Tak pepasalkan?? Daulat sungguh ahli jemaah sekelian. Aku yang cun ni.. korank suh bercakap kat depan. Apekehenye yong?? Kome tak tau bertapa gagapnye teman nak berbual bicara kat depan sanee?? Kome ingat teman ni Elly Iskandariah ker?? No..no..no.. omak ni eee totap arr 'Gud Evening' hak..hak..hak..

Ekceli kan... malam tadek aku telah dipaksa mem'present' sumthing kat depan masa sesi berkumpulan (erk.. betol ke ada ayat mem'present'?? Hamtam saja arr labu..). Sengal memang sengal sebab aku memang dah nantoks tahap gaban. Dah arr nantok, dipaksa plak cakap memang aku menggelupur gile babs arr. Dah ar tak tau biji butir tetiba plaks nak kena. Aku memula redho tapi end last memberontak sambil terguling2 takmo cakap ahaks.. Giler keji. Akhirnya.. persembahan bersambung esok...

Yehaa.... mari berjimba ria.. erk... kowankk je arr ge berjimba. Aku ada janji ngan seseorang. Untuk tahu semua kebenaran.. wallass......


My Heart: Tak mengapa pahit atau manis.. yang penting KEBENARAN..

KURSUS - DAY 2 @ PETANG TIME



"Minta nyawa.. fuh.. minta nyawa.. kami minta nyawaa "


Hati aku berbisik-bisik minta nyawa sebab kepenatan melampau tahap gaban. Cis.. gempak jer.. ekceli kan..kan..kan.. Aku bukan arr penat mana. Hover lite2 gitus. Ate, yang sebenonyeee aku baru balik dari snorkling di lautan orang di Pavillion ahaks (ni kes kempunan nak tgk laut arr ni). Ye. aku memang kempunan.. ate nak wat cane yeop. Dah aku memang kempunan. Rase cam nak masuk batu belah batu bertangkop sebab KEMPUNAN occay. Encek Manes Merlin, ko jangan manipulate statement aku ek.. hover arr ko kalo ko komen statement hakoo.

Al-kisahnya, kami minta nyawa tadi sebab aku dan rakan seangkatan telah berlari balik dari Pavillion ke rumah penginapan secara berjemaah. Waktu ketika itu adalah hujan. Dan kami yang memang vogue kuasa 2 dengan memakai heel 3 inch terus meredah hujan untuk menten vogue ahaks.. Sambil berlari2 sopan .. konon fempuan melayu terakhir arr tu. Puii.. nyampah mak ni nok. Nak dijadikan cerita.. memula tak hujan. Kami bertiga (wanieta.. ko memang. Ko telah dilucutkan keahlian occay.. nyah ko dari group syaitonnirrojim...) berjalan penuh vogue ala-ala model untuk jadek sirih pulang ke junjung. Tengah menten2 cun (sambil aku pakei bedak, e.m.a.s pakai liptip dan merlin magic world pakei ..erm.. konpius sekejap.. nok, ko pakai make-up ke nok?? Ye..ye.. aku tipu disitu... mahap!). Sampai kat tapik lite.. sekali hujan da.. bengong tol ar. Tak sempat nak patah balik. Teruskan perlarian yang ala-ala cun bak model. Kekonon wat iklan tengah hujan arr tuh kisahnya cuma takde kamera jer hahahha. Teruskan berlakon agar takde mata memandang penuh kagum wakakakka.. Kami semua toksah citer arr memang dah kuyup kayap.. baju dah arr jarang.. nampak celah bedah sebab kuyup. Teruskan perjalanan hingga ke hujung destinasi.

KAMI. Tak menyesal jalan ke pavillion dalam hujan sebab dapat arr jejakkan kaki ke tempat paling kayoss di mesia. Tak dapat beli, tengok pun jadi arr. Korank jangan salah faham occay, waktu kejadian adalah selepas tamat sesi petang. Yang pasti kami bukan tuang.

My Heart: e.m.a.s - Ko redho ker?? Wakakak.. ko lagek yang terkena...

KURSUS- DAY 2



GOOD MORNING EBEBADIEEE.....

Aku mangun pagek ni, otak masih lagek ting tong tak cukup tido. Rancangan asal bersama cik roomate laling tokmo tido. Nak menyahut seruan rakan syaitonnirojim untuk berjaga sambel bergosip secara berjemaah malam tadek tapi mata aku fail. Dah nama pun mata orang mesia tentu sukar untuk berjaga 24 jam tanpa tido (erk... teringat peristiwa lalu- aku pecah rekod tak tido seharian.. merambu sana sini....... erm...kenangan..kenangan...)

Bangun seawal 6.30am untuk solat dan mempersiapkan diri walaupun mata masih lagek terkatup. Teraba-raba aku dalam terang dari katil nak ke bilik air. Seb baek tak raba lemari baju .. if tak harus lebam pale aku. Aku hanya sempat tido 2 jam je. Tu ar... sapa soh tergoda dengan syaitonnirojim (kowank memang taw.. suker jer seksa aku : Merlin magic world, e.m.a.s dan wanieta (bukan nama sebenar)...) Peh siap ala kadar.. aku bersama cik roomate laling terus mengisi perut yang sememangnya lapo sejak malam tadi. Apa yang weols makan petang semalam habis dek kerana berjalan kaki dari tempat kejadian ke rumah penginapan. Seksanya perjalanan tu cam nak ke neraka wakakakak...

Masuk kelas pagi ni dalam keadaan betol2 mamai. Dalam pale otak aku ni hanya memikirkan tilam dan bantal sajork. "Nak tido..nak tido.." cik roomate laling berzikir ditinge aku. Arrrh.. bebetol bikin tensi arr ceni. Takpe..takpe.. aku kan tabah giler babs. Harus tahan biji mataku dari terkatup serapat-rapatnya. *Merlin magic world.. pinjam mancis moleh???" uik.. jangan salah paham k..

Sesi pembelajaran agak hambar. Keje aku hanya mendengar lagu "I'm Yours - Jason Mraz". Buat tatapan halwa telinge aku. Ceramah dari penceramah aku abaikan. Entah nape semenjak soploh menjak ni aku begitu teruja dan suka bangat dengar lagu ini. Erm.. agaknya sebab pemberian ikhlas dari seseorang untuk aku. Terima kasih awak... *wink*. Uik.. APAKAH?? No..no..no.. jangan salah faham k. Aku bukan kepunyaan si pemberi lagu ini. Aku hanya meminati lirik lagu ini saja hehehe... Aku sesambil mendengar lagu pojaan .. tetap terus gigih mengupdas blog. Gigih woo..

Erm.. biler arr nak abes sesi pembelajaran ni. Aku dah buhsan tahap gaban dah ni. Ceapat pak encek. Mata dah katup ni. Biler nak abes sesi pagi ni. Myb sesi petang kang aku hanya melangaout memandang screen notebook untuk updes blog sebagai penawar mengantuk ku ini. Ahaks! Tetibakan?? Dah.. aku nantoks....


My Heart: Kebenaran itu pahit..

Friday, May 22, 2009

MACAM-MACAM

AKU LAPAR ... Ada makan tak?? A.D.A
AKU MENGANTUK ..... Boleh tido x?? Masuk bilik weh..
AKU HAPPY ... Siyes?? Syukur alhamdulillah.. bagus2
Aku SEDIH ... Tabahkan H.A.T.I occay...
Aku RINDU ... Tapi pada siapa??? Erm.. konpius jap..


My Heart: Tetiba rasa rindu yang amat.....

KURSUS - DAY 1

LIVE DARI PICOLLO HOTEL.....

Haloooo yaaa... sungguh teman tidak sangka yong.. hotel tempat teman menginap ni ada free wifi 24hrs. Syioknyer.. tuhan je yang taw. So, dengan sepantas kilat arr teman berblogging ahahah.. Hari ini aku nak cerita tentang perjalanan kursus aku yang berlansung di Picollo Hotel, Star Hill (nak gak sebut Star Hill.. ala-ala enggeris gitus huhuh). Asalnya kursus "Fail Meja' ini dibuat di Pulau Pangkor, Perak (Cik Tipah, negeri kelahiran kite cik tipah.. ahaks) wah... galak arr aku snorkling neh... Pehtu ditukau plak ke Melaka.. (Ahh.. sudah.. jiwa makin fening dengan itu perubahan).. Last menet, pengurusan sumber manusia kata kursus bakal di tukaukan sekali lagi kat nogori sembbilan. Adohai.. bape kali tukau daa... Final Desicion, PSM kata kursus ini bakal dibuat di Hotel Picollo, Bukit Bintang. Ampess tak?? Bistu yong... ate, teman nak snorkling mana yong?? Pavillion??? Planet Hollywood?? Lot10?? Jom reramai kita redah kota metropolitan.... Ni aku cerita perjalanan kursus yang aku rasa bukan cam kursus tapi lebih kepada berjimmmbaa heheh.. here we goooooo.....

HARI PERTAMA

5.00 PM
Aku bertolak dari WP ke hotel dengan menaiki kenderaan jabatan (wah.. ayat skema giler... cam haremm). Seperti biasa. Aku adalah golongan yang palinggsss lambat sampai. Biasa ar.. walaupun tak make-up dah tapi tepaksa arr sibuk tang lain. Dari membetolkan baju hingga arr memakai kasut. Sumer nak perfecto. Sampai je kat kenderaan jabatan.. aku telah mendapat sorakan hangin dari orang2 len. Aku. Redho je arr... Sampai hotel dalam kol 6 akibat jem yang melampau...



Antara bagasi yang sempat dihangkut

6.00 PM

Check-in bilik occay. Bilik yang cantik menarik dan tertarik.. Siyes weh.. walaupun bertarap 4 Mintang tapi cam 10 mintang. Aku sokaaa atieee occay. Nanti aku publish gambo bilik aku ek.

Nampak tak pic ikang kat belakang nun??

Ni adalah katil aku bersama cik roomate laling..



7.00 PM

Adalah waktu makang. Wasten food pilihan aku yang tekak ala-ala omputih ni. Ye..ye.. aku tipu disitu. Ekcelikan..kan..kan... hotel ni tak sediakan makanan melayu so tekak melayu aku ni terpaksa berpuasa dari memakan tempoyak dan segala toknek malaysian food. Uwaaa... mak sedih nok! Redho2 je arr....

-GAMBAR ADALAH TIDAK DAPAT DI APPEARKAN SEBAB MEMANG TAKDE PIC DITEMPAT KEJADIAN-


8.30 PM

Briefing. Siyek nyah... mak ngantuk giler babs. Rasa cam nak terjun bangunan jer.. sesi sampai kol 10.30. Adohai.. menanti waktu tu aku memang terasa nak terajang dendeng. Sesambel itu, smsed dengan rakan2 skandal yang berada di sekitar KL. Memaklumkan kedatang tuanku permaisuri di Bandor KL. Huhuh.. a few my pren merangkap kawang mainan di jaman persekolah willing nak bawak jejalan. Ish..ish... tuan hamba datang merafak sembah beta ker panglima2?? Wokeh... wokeh.. beta perkenankan.. ahaks.

-GAMBAR ADALAH TIDAK DAPAT DI APPEARKAN SEBAB MEMANG TAKDE PIC DITEMPAT KEJADIAN-


10.30PM

Waktu berjimbaaa riaaaa.... Maka dengan persetujuan bersama.. aku dan beberapa rakan telah zasss ke Kampung Baru untuk mencuba Nasi Lemak Antarabangsa yang dikatakan sodap melampau... (Pic akan diupload.. tapi bukan pic nasi lemak occay. Yang tu mak tak sanggup nak snap nok.. omak sogan melampau hahaha). Peh kenyang melampau terus balik hotel cz ada rakan sesetan len nak ajak kuar....


12.00 PM

Lepak dengan a few member dan rakan sesetan di L'OPERA Cafe sesambil mendengar live band (eh.. konpius jap.. live band ker?? mukan2 rasa bukan live band). Peh je lepaks2 sesambil sembang mengungkap cerita lama. Sambil menangis dan tertangis aku pun mengadu domba pada kawan laling hehehe... yer.. jelas sikap tipu disitu. Nak denga live band tapi leh plak wat adengan tangis-tangisan ek. Tipuuuuuu.... Lepak dua jam pehtu beredar balik cz ada agenda lebih besar dari itu.


-GAMBAR ADALAH TIDAK DAPAT DI APPEARKAN SEBAB MEMANG TAKDE PIC DITEMPAT KEJADIAN-

2.00 AM

Berjimba yang sebenar-benarnya jimbaa... yee haaa.... Aku bersama-sama rakan sesetan dan seangkatan telah ke ************ untuk sesi merelekkan diri. Rakan sesetan aku.. Merlin magic world (bukan nama sebenar) Wanieta (juga bukan nama sebenar) dan Emas (bukan juga nama sebenar) telah membuat kerja giler.... berjimba sampai pagi. Giler weh.. memang keje giler.. keje bongok dan keje bangang heheh. Lagi satu keje giler yang sempat dilakukan adalah...... Aku dan wanieta telah berarak dari tempat kejadian ke hotel dengan berkaki ayam ( tu arr nyah.. nak glam sangatkan pakai heel.. ayu arr konon.. puiii... yenade.. tiru merlin magic world.. sempoi tak pakai kasut hak..hak..hak...)

-GAMBAR ADALAH TIDAK DAPAT DI APPEARKAN SEBAB MEMANG TAKDE PIC DITEMPAT KEJADIAN-

4.30 AM

Sampei otel.. mandi manda terus online. Mak terkujat nyah.. pes time mak wat keje giler ni nok.. ahaks.... tapi mak tetap layan sebab rakan sesetan yang mengajar mak jadek setan yang bertauliah. Sekali-sekala jadik jahatkan?? Kalo selalu itu dah bukan menyetan dah... baik terus jadi ibu setan huhuh..(pss... mak balik otel peh mandi terus solat isyak tau .. jahat2 mak.. solat tak tinggal..ahaks...). Sesudah solat.. terus wat n3 ni dan mak rasa jap lagi nak zassss.....


Itu ler cerita ari pertama kursus... memang pack progam.. pack nok.. dengan pekara tak berpaedah... uik.. biler ler nak insap.



My Heart: Rasa berdosa.... Nak solat taubat jap...

PICOLLO MONDO

Hari ini. 22 Mei 2009.
Aku akan bergerak ke PICOLLO MONDO.
Tempat orang kaya raya.
Untuk memperabihkan duit kerajaan.
Berkursus dan menyerabutkan minda mungkin..
Semoga semuanya 'memberi pengajaran'
Pada aku yang mengharapkan 'perubahan'


My Heart: Teringat 'cinta hati' yang mungkin dah berada disana..

MALOO WEH..

Pagi tadi masuk kantor dengan mood kurang ceria. Dengan baju tak sempat nak gosoknyer. Tudung yang senget bengetnyer (kalo tak pakai tudung neh.. ish..ish.. APAKAH??) Uik.. insap2 dek non.. ekau ni.. ahaks!

Nak dijadikan cerita pagi tadi telah berlaku satu kejadian yang memalukan. Ye..ye.. aku telah terjebak dalam konspirasi kejadian memalukan diri sahabat aku sendiwik hingga tahap gaban. Poyos sangatkan?? Rasa cam nak berlari balik keromah dan2 tu gak. Tu arrr kan cik sahabat kan... Nak melaram tak hengat doniyakan. Cenggitu lee ropernyeeee... Al-kesahnya pagi ni cik sahabat aku telah memakai seragam yang amat cantek manes. Aku pakey suar panjang, kameja kale oren (cik tipah.. nak sebut gak kale oren disitu heheheh) n diluar adalah sleeveless kale itam berkilat (itam adalah menawan kalbuuu). Cik Sahabat aku plak telah memakai suma serba itam yang ada vest kale kelabu yang ala-ala cam rita rudaini dalam ceriter Rozana tuh. Kebetulan arini aku ada urusan di Syabas, Sepang untuk urusan mematikkan ayor di rumah lame aku. Oleh kerana aku tersampai agak awal (fuh.. tak peronah aku sampei begini awal.. kagum mak nok!) dan urusan di Syabas hanya boleh di buat seawal jam 8.30 pagi aku pun menyinggah arr ke salah satu restoren kat situ yang namanyer Kafe de Mama. Masa masuk ke kafe itu aku dan pasan dah ada 2 orang mamat pakey baju polis dok pandang2 aku dan cik sahabat. Siap senyum2 menggoda lagek u. Ahaks! Dalam pale otak aku dah pk bebukan. Hover sangat ke baju aku dan cik sahabat??? Cun sangat ke kami ni hehehe.

Peh siap oder makan yang lite2 gitus kami pun memulakan operasi mengumpat mamat yang dok pandang2 kami tuh. Nak dijadikan cerita mamat 2 ekor tuh memanggil pelayan restoren n berbisik sok sek..sok. sek.. (elloww.. mengumpat ker cik abg??) Peh cakap2 semenet dua dengan cergassnyer budak pompuan tu pun datang ke arah kami. Dalam ati aku 'Ah.. sudah... ' . Menjelang budak pompuan tu nak sampei tempat kami, aku memang cuak gile babas. Ape kehenyer ni?? Budak tu dengan slow berbisik ke sahabat.

"Kak, abg polis tu cakap..... zipp suar akak terbuka..."

ADAKAH?? Wakakakkaka...... aku malu tahap cipan. Cik Sahabat plak maloo giler babs. Giler seh.. diorang tegur camtuh. Aku dah cik sahabat apa lagek... Kami tak sentuh makan dan minum... angkat handbeg terus calllooowww..... nak tunggu apa lagekkan?? Takkan nak melompat2 cam siamang kat situ? Tapi kan...kan.. aku sempat gak cubit sedikit roti canai aku dan minum seteguk ayor melo aku.. kempunan arr kalo tak makan.. heheheheh...

My Heart: Hari ini dalam sejarah... seb baek bukan aku.. wakakkaka....

Thursday, May 21, 2009

UPTOWN DANAU KOTA


Malam semalam.
Deringan 'Jangan Bilang Tidak' berkumandang ketika aku di washroom.
Menandakan SMS masuk.
Aku membaca penuh debar.
"Awak, teman saya beli barang malam ni ek!"
Uik.. kedai mana buka malam2 buta ni?? Aku tersenyum sambil membalas.
SMS kedua masuk menyatakan hala tujuan.
WHAT?? Dia mengajak aku ke UP TOWN DANAU KOTA
Tidakkkkk..... Tempat itu telah di'senaraihitam'kan..
Maaf teman... Ajak saja orang lain.


My Heart: Teringat pertanyaan 'JUMLAH HANTARAN'..

PEMILIK TANGAN ITU..



PELIK.
Pertama kali seumur hidup ini.
Melihat tangan itu memakai Jam di sebelah KANAN.
MOTIF???
Menambah PAHALA.
Aku Pelik. Aku Hairan. Aku Kagum.
Pada pemilik tangan yang penah menjadi keSAYANGan.

My Heart: Miss da Moments...

TAG DARI CIK TIPAH VOGUE

Opocot!! Aku telah diTAG oleh akak cantek manes.. CIK TIPAH. Wah.. wah.. cik tipah.. macam taw jerk ai suka dengan tag2 ni ahaks. Wokeh arr.. aku memerah otak dan keringat nak menjawab tag ni. Sesambey tu bangun kusi nak wamap kaki tangan sebab panjang nau soklan2 tag ittew..


Soklan2 tagnya berbunyi gini:

1) Apakah hubungan anda dengan insan yang mengetag anda?

Sahabat alam maya, rakan baru aku dalam donia bloggerkan cik tipah kan.. kan..kan..

2) 5 impression aku terhadap dia?

a) Friendly kot sebab aku tak penah lagek bercakap live ngan dia tapi alwis concern pasal aku
b) Slalu gak melawat kawasan aku sebab slalu tinggalkan jejak kat aku
c) Shantik n shomel cam cik city nurhaliza
d) Aku kenal dia sejak taun 2006 tak silap aku. Maser tuh aku tertarik ngan muke dia yang shomel dalam NETLOG (Cik tipah pakei baju kale ijo) hahahha... uik.. tertarik?? Adakah?? no..no..no.... aku suker bacer blog dia je arr....
e) Err..apa lagik ek? Aku baru kenai dia la weih, mana gheti nak elaborate pepanjang. Huhuhu...*jujur nih!*

3) Perkara paling memorable yang dia pernah lakukan kat anda?

Exchange link sengsama! Dulu memang nak tukau2 link tapi aku kan malo2 kucing ahaks..

4) Perkara paling memorable yang dia cakap kat anda?

Erm.. aku lupa daa tapi yang bestnyer dia bercakap dalam bahasa ibunde aku. "Yong.. orang perok yong.. samer arr teman.. ahaks!"

5) Kalo dia kekasih anda, anda akan....?

Uik.. aku bukan golongan BISEX occay.. nak mati kena laknak?? Len arr kalo aku lelaki.. sure aku sukak.. ahaks!

6) Kalo dia jadi musuh anda, anda akan...?

Jadi TIPAHVOGUE kuasa dua( kira aku lagek vogue arr tuh) moleh cik tipah??? wakakkakak

7) Kalo dia jadi kekasih anda, dia perlu improve dalam...?

Uik.. penyer soklan ni?? Ate.. teman orang beriman.. takmo skandal2 neh.. ish...

8) Kalau dia jadi musuh anda, mungkin kerana...?

Dia lagek lawa dari aku. Aku kan pasan vogue kuasa dua dari dia heheheh... mana dia boleh lebih..

9) Overall impression tentang dia?

Aku suka sumer2 ttg cik tipah dari dulu lagek especially baca blog dia yang pertama kot. Dia ada tangkap gambau kat BUKIT TINGGI.. shantek giler seh gambau tuh. Papehal aku tetap vogue kuasa dua .. jangan marah cik tipah.. hehehhehe

10) Da' most desirable things to do to her/him?

Banjer aku keseluruh dunia dengan 'tiket AirAsia' ahaks.. kan dia duta AirAsia.. jangan mara cik tipah...

11) Apakah anda rasa pandangan orang terhadap anda?

Vogue kuasa dua dari cik tipah ahaks! Aku seksis dan sekses kuasa dua dari cik tipah.. aku suka kale oren kuasa dua dari cik tipah .. (Uik.. giler dengki ngan cik tipah heheh).. dah stop! aku dah mengarut (ekcelikan.. aku tak tau nak jawab soklan ni moleh???)

12) The character of you for yourself?

Uik.. dah jawab arr.. penat arr ceni.. Jawapan in english; I'm tired to answer..

Karektor aku - sensitip dan sentap tak bertempat.. ya ampun...

13) On contrary, the character you hate bout' you?

Dua di atas.

14) The ideal person you want to be with....

Erm... My Kecik...

15) For people who likes you, feel something bout' them!

Takde owang suke aku.. maleh nak jawab soklan nie..

16) Nak tag....

Takmo tag sesaper.....


My Heart: Timee kaceh yong... menggelupur teman menjawabnyeee....

VOICE OF MY HEART

Terduduk disatu sudut.
Termenung sambil memikir. Sedalam-dalamnya.
Mengambil keputusan yang NEKAD.
Harus tamatkan semua ini.
Kekecewaan Mengajar erti KETABAHAN.
Hidup Perlu diteruskan.
TUTUP BUKU LAMA. BUKA BUKU BARU.

Diari ini telah berubah wajah. Tanda penghijrahan ke dunia baru.
Dunia yang hanya dikhaskan untuk aku dan insan tersayang.
Diari "VOICE OF MY HEART" - Suara Hati, Rentak Jiwa.


My Heart: Selamat Tinggal Kenangan....

N3 TERAKHIR - TERIMA KASIH DIA DAN TEMAN

Aku hilang mood. Seriously.. mood aku totally down sekarang ni. Sekarang, 10.00 PM. Waktu dan ketika ini, aku masih lagi berada di kantor. Mencari sedikit ruang untuk diri ini. Mencari sedikit ketenangan untuk hati ini. Mencari sedikit kekuatan untuk semangat ini. AKU. Rasakan.. hari ini adalah hari paling buruk dalam sejarah.. 2 pekara 'buruk dan teruk' serentak telah aku terima. Satu melibatkan 'persahabatan dan kepercayaan' . Satu lagi melibatkan 'sayang' dan maruah'. Dua-dua sama penting pada aku. Dua-dua sungguh bererti pada aku. Keadaan pada hari ini menghancurkan hati aku jadi remuk seremuk remuknya. Memudarkan semangat aku yang sememangnya telah lama pudar. Menghancurkan jiwa aku. AKU. Tidak mampu untuk berkata-kata. Mungkin ini adalah luahan hati aku yang terakhir untuk mereka yang terbabit. Mungkin N3 kali ini adalah penamat . MUNGKIN. Sehingga aku kembali tenang.. sehingga rawan hati semakin pulih. Yang pasti.. akan mengambil masa yang panjang dan panjang. Yang pasti... aku memerlukan ruang untuk merawat kelukaan ini. Aku tidak boleh menerima pengkhianatan ini. Langsung tidak.


Buat DIA. Aku teramat percaya kepada DIA. Kepercayaan yang tidak ada tolak bandingan. Kepercayaan yang membuatkan aku tanpa sempadan untuk serahkan jiwa raga dan kepercayaan Kepercayaan yang penuh pengharapan.. Pengharapan yang penyudahnya berakhir dengan kegagalan. Tapi Aku. Sehingga kini masih mengekalkan kepercayaan itu. Aku masih mengharapkan kepercayaan aku tidak dihancurkan sewenang-wenangnya. AKU. Masih mengharapkan DIA mengjaga kepercayaan itu buat selama-lamanya.


Buat TEMAN. Kepercayaan yang telah aku berikan telah kau hancurkan. Kepercayaan yang aku berikan kepada kau telah kau musnahkan. KECEWA?? Ya.. aku teramat kecewa. Kecewa dengan pilihan kau. Terluka dengan tindakan kau. Perasaan suka pada DIA membuatkan kau buta tentang erti PERSAHABATAN. AKU. Terpaksa redho. Terpaksa terima kalau ini pilihan kau. Seandainya kau nyatakan dari dulu bicara sebenar hati kau. Mungkin aku tidak akan serahkan Jiwa dan raga aku pada DIA sejauh ini. Sedalam ini. Kerana bagi aku dulu. PERSAHABATAN lebih penting. Kerana bagi aku. Aku rela berkorban demi persahabatan. Kerana prinsip itu.. tanpa prejudis aku telah kehilangan DIA Kerana Prinsip itu... aku ingkar pada kata-kata DIA. Tapi Teman.. tergamak kau hancurkan. Tergamak kau perlakukan sedemikian rupa. Kemaafan?? Mungkin tidak akan ada buat masa sekarang kerana hati aku telah kau hancur lumatkan. Bukan berdendam. Tidak! Kerana kau pernah disisi ketika aku berduka. Jasamu tetap aku hargai dan kenang sampai mati. Cuma... belum wujud lagi sebarang kemaafan.


Terima kasih DIA kerana sudi berkongsi cerita. Ceritamu telah menyedarkan aku tentang sebuah kepalsuan. Ceritamu telah menyedarkan aku nilai persahabatan. Terima kasih TEMAN kerana kau tergamak menghancurkan sebuah persahabatan. Aku kini bukan milik DIA lagi.. Aku juga kini telah hilang kau bernama TEMAN. Kamu benar-benar mengjatuhkan semangat aku jauh ke dalam tanah. I'M LOSER..


My Heart: Terima kasih di atas segalanya DIA dan TEMAN...

Monday, May 18, 2009

UMI vs MUMMY

Tadi aku termalu sendirik. Tak penah-penah aku jadi termalu sampei camtuh sekali. Aku menegur seorang kenalan yang nun jauh di Negeri Bawah Bayu. Kenalan baru yang tak baru. Menegur penuh hemah gitus.. Sang penjawab menjawab begini "Si Polan takde... ni UMI". Uik.. UMI?? Wah... makwe mana yang tolong jawab ni... Aku pun dengan poyos leh tanya "Ni awek dia ker??" Sekalii... si 'umi' tu menjawab. "Ni UMI dia nak oii... ibu dia". Wakakakaka... aku malooooo... Tobat takmo YM ngan awak 44 taun dah... saya malooo gilooss.... Ibu...ibu.. eh.. mummy..mummy.. engkaulah ratu hatiku... kaver line nyanyi lagu ibu.. wakakkakakak.....

My Heart: Maaf Aunty.. saya panggil ibu saya 'MUMMY".. ahaks!

I MENCIK TAW...

Diri ditanya seseorang. Waah! Cam ada orang datang merisik kisahnya.. Nehii...nehi.. mehra betta... Al-kisahnya, aku telah ditanya oleh 'orang itu' tentang sesuatu pekara yang bikin aku sentap amat. (Wallas.. aku dah pandey gune ayat sentap sekarang.. tepuk..tepuk tangan) Pertanyaan itu.. pertanyaan yang lebih kepada memerangkap diri aku sebenarnya. Pertanyaan yang membuatkan darjah kemarahan aku naik mendadak. Pertanyaan yang membuatkan muka aku merah menyala. Pertanyaan yang membuatkan aku jadi Hulk Hogan seminit dua.. Sabo..sabo..dan sabo.. occay! Jawapan aku pada pertanyaan itu mudah saja... "ADA AKU PEDULIK "?? Dah..dah.. tutup cerita...

My Heart: Malas nak layan....

Friday, May 15, 2009

CANTIK ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

Tajuk... tak hengat! Aku taw kowang tentu pikior.. ape kenee lee minah sekor ni. Tadi kemain marah.. pehtu boleh plak dok telek n belek muker dan badan. Nehi merra betha.... akak dok gebang ceritera tentang kecantikkan len arr.... Kecantikkan yang aku maksudkan adalah berkaitan dengan minyak wangi atau nama sentipiknyer perfume... ahaks..tak bleh blah... Al-kisahnya aku ni memang suker bebenor kumpul minyak wangi tapi minyak wangi yang aku suka kumpul adalah minyak wangi golongan bawahan sajer.. Contoh minyak wangi yang aku suka kumpul adalah.. Women of Earth, Haiku, Beautiful dan Far Away keluaran AVON. Yer.. aku tau aku mesken.. takde duit nak beli yang mahal2 terduduk tu. Al-maklum ler.. gaji kocik memang arr tak mampu nak pakai minyak wangi rega ribu riban atau ratus ratan ni. Tapi dek non.. walaupon minyak wangi murah saje tapi wanginyer.. marvelos.. akak suker.. wangi giler... ahahah.. ok ..ok ar.. ekceli aku bukan nak citer pasal minyak wangi murah atau mahal tapi kisahnyer aku nak ceriter berkenaan aku telah mendapat hadiah pepium dari seseorang. 'Sahabat' ni baru balik dari obesi so dia telah menghadiahkan aku pepium berjenama Elizebeth Arden (Eh, betol ke ejaannyer..). Pepium ni berbau green tea.. ok arr wangi gak arr.. telah ku sembur seluruh badan pagi tadi.. sampei nek pengsan kengkawan opis dengan bauan pepium baru aku.. hahahha akak suker.....

Ini le roper pepium yang orang hadiah kat aku... ijoo mate memandang..

Ekcelikan... selain daripada minyak wangi yang aku sebut diatas, aku ada juga pepium yang limited edition jename CK Eternity Summer. Pepium dibawah ini pun ekceli adalah hasil hadiah orang pada aku yek.. Ye..ye.. aku tau aku ni banyak orang kasi.. cam mesken bebenor.. tapi siyes, dah orang kasi hadiah besday arr pe arr.. takkan aku nak campak balik kat muker deme kan?? Pepium ni aku dapat masa besday aku yang ke-26. See.. kome nengok.. penuh lagek kan?? Nak buat cemane.. dah aku ni rajin bebenor spray kat badan kan sebab itu tak luak. Aku ekceli tak suke pakei pepium sebab tu penuh lagi....


Yang ini aku sokaa.. lembut giler baunyer...

Ha.. kome jangan dok ingat aku ini kojenye tadah tangan minta hadiah dari orang saje yee.. ada gak pepium yang aku beli sendiri. Hasil usehe sendiri ok.. Kat bawah ni adalah pepium mahal pertama yang aku beli pakei duit aku sendiri. Pertama dan selamanye kot ahaks.. ye arr.. dah banyak orang hadiah pepium so harus aku simpan duit beli menatang len... Aku suke ngan bau pepium ini sebab baunye yang kena bebenor ngan ciri-ciri aku yang lasak.. Jename Tommy Girl.

Ini le pepium pertama yang aku rembat hasil usaha sendiwi

Selain dari pepium.. aku juge suke menjaga kelembutan tangan. Macam2 dah jename aku teray tapi untuk melembutkan tangan aku yang menggerutu cam katak puru ni.. hanya jename ini je yang sesuwei buat aku...

Wakakaka.. tak buka lagi weii... bapak kedekss aku nie. Sayang oii.. baru lagek tuh...

Haa.. yang ni plak untuk memutihkan kulit aku yang sedia itam nie.. Maklum la akak ni muke je putih melepak.. masuk tang tangan memang hancuss... itam legam daa... anak sapa arr muke putih tangan legam tu???

Jename ini je susuwei buat aku nok.. yang len tak mampu..

Yang ni plaks adalah untuk memerahkan bibir aku... ye.. aku tak pakai liptip ok. Aku lebih selesa pakei lip gloss.. Al-maklum arr sesuei arr ngan muke aku yang tak pakei make-up ni. Dulu gegiler pakai but now aku memang tak kasi lansung segala macam toknek makeup jengah kemuke aku yang ala-ala ayu nie...

Lip Gloss yang kale putih tapi bila calet kat bibir kale merah...

Uik.. menatang apa nie?? Apsal arr benda ni leh sesat?? Ekceli kan aku selalu kena ulser kat mulut. Mebi sebab aku jarang nau minum ayor kan so selalu le kena. Aku tak suke pakei Bonjela sebab sejok bebenor so aku pakei arr menatang ni yang dinamakan Bomboo salt.. Ye..ye.. aku tau ni bukan produk kecantikan.. tapi ada aku kesah?? Eh kalo ada ulser.. sakit nak senyum tau.. bile tak senyum maknenye dah tak cantik arr.. jadinyer bamboo salt ni salah satu produk kecantikkan gak arr...

Bomboo salt

So kome.. kecantikkan adalah hak milik setiap insan. Tak kire arr yang tue yang mude yang jantan yang pompuan. Sume ada hak untuk menjadi cantik.. how dats way.. deme dok pulun kecantikan tu terserah kepada umat manusia yang penting cantik..

My Heart: Muke tak cantik takpe.. janji hati mau cantik.. dok kondem orang selalu tu.. kategori cantik tak??

Thursday, May 14, 2009

AKU MARAH & SEDIH AMAT...

AKU MARAH?? Lu pk sendiwi arr.. tengok tajuk N3 aku pun rasanye uols tau aku sedang marah. Amat sangat occay.... Kalo uols jadek aku arr.. kompom cintaku 100%... korang sure hangin semacamkan?? Tanpa sebab munasarawak aku ditanya soalan2 yang tak masuk dek akal.. yang berakal pun takkan tanya soalan cara cenggitu... Tokle tanya memolek ker?? Tetiba je suka suki cakap "Kalau boleh jangan libatkan sesiapa boleh?? Jangan libat Senah dan Temah boleh?? Wah... terkujat mak dengar nok... suspendernyer ayat.. Ellow... ingat aku ni manusia apa??? Nak jumpa orang-orangan atau manusia-manusian yang bergelar kawan pun tokle ker?? Apa?? Ingat aku nak jumpa manusia-manusian dan orang-orangan ni nak tanya hal 'tak penting tu ker?? Ingat aku takde keje berpaedah ker?? Takde makna occay.. Melambak kerja lain aku perlu buat. Bukan hal 'sampah' cenggitu aku nak kepohci.. tak kuasa mak nok.. Erm.. aku sedih?? ye..ye.. dah berbesen2 aku nangis tadi.. tak cukup besen kantor.. mangkok tandas kantor pun jadi mangsa ayor mater aku. Sian bff.. tak pasal2 baju dia basah sebab aku dok mengadu domba kat bahu dia. Sebab apee yee??? Erm.. malas aku nak cerita arr. Cuma yang leh aku cakap mood aku arini SEDIH AMAT...


My Heart: Seringkali niat baik aku disalah ertikan.... tolonglaa...