Wednesday, June 3, 2009

SAHABAT

Kerana kita adalah 'sahabat' …
Maka kita telah bersatu..
Kerana kita adalah 'sahabat'… kita telah memilih untuk membisu..

Sudah hampir sekian lamanya kita mengikati tali persahabatan ini…
Kadang ianya hampir putus kurasakan…
Namun ku cuba untuk bertahan… demi menyimpul kembali tali persahabatan ini
Dengan apa jua sekalipun… walaupun dengan titisan air mata…

Dia, aku dan engkau serta dirinya telah memilih untuk membisu…
Cuba memendam apa yang terpendam..
Sehinggakan kita sendiri tidak pasti… apakah kesudahan epilog cerita kita?
Namun bukan titisan air mata yang kuharapkan…
Bukan jua sekeping hati yang terluka…
kuharapkan sinar itu akan kembali menerangi
Dia, aku dan engkau serta dirinya…

Itu yang aku pohon padaNya…



My Heart: Tidak mungkin sama seperti dulu....

No comments:

Post a Comment